Al Habshee Exclusive : Bermula Sebagai Abang Grab Kemudian Mula Berani Berniaga Di Pasar Malam

Al Habshee Exclusive : Bermula Sebagai Abang Grab Kemudian Mula Berani Berniaga Di Pasar Malam

Bangkit Untuk Ubah Nasib Keluarga

Kisah inspirasi Bina Bisnes Berjaya, Tuan Syed Saleem pemilik Al Habshee Exclusive yang menjual perfume dari Arab. Sebelum ini, beliau pernah bawa ‘Grabcar’ bermula dari 4 pagi sehingga pukul 10 malam, memang diakui dapat buat pendapatan tetapi sampai bila nak hidup seperti itu? Hutang pun banyak waktu dulu.

“Saya dah letih buat ‘grab’. Saya cuba buat perlahan-lahan. 2 jam selepas pulang ke rumah saya akan luangkan masa untuk belajar Facebook Ads untuk bina bisnes. Saya sedar bisnes saya sangat kecil, hati saya besar kalau saya usaha bersungguh- sungguh Allah SWT pasti bagi”

Tuan Syed Saleem

Jualan Saya Hanya Boleh Sampai RM 35 Ribu Sehingga RM 40 Ribu Sahaja…

“Saya tak suka RichWorks, saya tak suka Datuk Wira Dr Azizan Osman, saya tak minat nak ambil tahu. Tetapi Allah gerakan hati saya untuk tengok RichWorks”

Beliau mula menyertai program RichWorks kerana percaya ramai usahawan lahir daripada bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Tuan Syed Salim kemudian berkorban masa untuk ke program Nak Ubah Hidup (NUH) dan akhirnya Beliau telah jumpa MenThor! Nekad tak mahu buang masa lagi.

“Ketika itu saya tiada kereta. Saya terpaksa pinjam kereta Produa Kancil kawan untuk ke Program NUH. Selama 3 hari saya keluar rumah pukul 3 pagi balik pada pukul 11 malam demi menuntut ilmu. Selepas balik NUH baru saya tahu siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman dan siapa team RichWorks” 

Pencapaian Al Habshee Exclusive

Dulu langsung tiada masa bersama keluarga. Alhamdulillah, sekarang boleh kerap balik kampung untuk sentiasa jumpa orang tua. Selepas menyertai program Marketing Mentoring (MM) beliau berjaya capai RM 1 Juta.

Malah pada tahun ini sahaja, bagi Januari dan Februari lalu beliau berjaya capai lebih RM400,000. Tuan Syed Salim juga telah buat keputusan untuk berada dalam Mentorship SPIRE

Pesan beliau kepada bangsa usahawan di luar sana, agar untuk setiap daripada kita percaya bahawa boleh berjaya seperti orang lain. Apatah lagi, melalui circle yang betul dapat buatkan anda lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam menjalankan bisnes.

Tuan Syed Saleem bermula daripada program Nak Ubah Hidup sebelum ini dan kini sedang membina bisnes yang berjaya. Anda juga mampu menjadi seperti beliau. Jangan ketinggalan untuk sertai program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup yang akan diadakan pada 26 – 28 Mac 2021 ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply