Adriana Gold : Puan Fatin Bermula Berniaga Emas Sebagai Dropship Saja, Kini Pemilik Kedai Emas

Adriana Gold : Puan Fatin Bermula Berniaga Emas Sebagai Dropship Saja, Kini Pemilik Kedai Emas

Siapa sangka, dulunya beliau pernah menjual sosej bakar dan menjual sayur di Pasar Pengkalan Chepa, Kota Bharu dengan gaji RM20 sehari saja. Selepas itu, beliau bekerja di kedai handbag di KLIA dengan gaji RM1,600 saja.

Kini pada usia 27 tahun, Puan Fatin Adriana Mohd Mazri merupakan pemilik kedai emas Adriana Gold dengan jualan berjuta ringgit.

Beliau bermula bukan terus buka kedai emas yang besar sebaliknya daripada bawah dengan hanya menjadi dropship kepada bisnes emas orang lain. Daripada itu meskipun tiada ilmu, bisnes emas dijalan berkembang dengan perlahan.

Perjalanan Adriana Gold

Namun, perjalanan bisnesnya bukan mudah yang mana beliau pernah melalui dugaan dan cabaran berat dalam hidupnya. Beliau diuji apabila ditipu pembekal emas sekitar RM10,000 malah pada tahun sama yang menjadi titik permulaan beliau betul-betul bangkit lagi bila suaminya dulu meninggal dunia disebabkan barah.

“Membuatkan saya hampir down, saya dah tak boleh nak buat apa-apa. Saya rasa sudah tiada apa-apa, rasa hidup saya kosong waktu itu. Saya pun perlu mati juga waktu itu.”

“Tetapi dengan berkat keluarga dan team yang ada bersama saya, mereka bangkitkan saya minta perlu kuat.” katanya.

Daripada kejatuhan dan kesedihan dialaminya, beliau kembali bangkit dengan mula mendapatkan ilmu bisnes dengan RichWorks.

Puan Fatin menyertai program pertamanya dengan IMKK yang menginsafkan beliau tentang perhubungan antara beliau dan bonda dan arwah suaminya. Beliau kemudian betul-betul fokus, hingga dari sales RM30,000 boleh mencecah RM150,000 selepas IMKK yang disertainya.

Results yang dihasilkan ini membuatkan beliau terus mohon sertai Mentorship SPIRE selepas IMKK November 2018 walaupun pada ketika itu duit di bank hanya tinggal RM8,000 ribu sahaja akibat berbisnes tanpa ilmu.

Dalam SPIRE, banyak beliau pelajari dengan daripada sales RM150,000 sebulan sudah mampu mencecah sales RM700,000 sebulan. Dalam SPIRE juga banyak mengubah hidupnya dan keluarga hinggakan dapat membeli Velfire untuk memenuhi impian mak beliau.

“Team saya lebih grow, kita nak senang bukan senang kita saja, kita kayakan team kita. Bila kaya, kita akan dapat manfaatkan lebih ramai orang lain seperti selalu ditekan Datuk Wira,” jelasnya.

Kemudian perjalanan bisnes untuk berkembang ke level lagi tinggi, beliau berhasrat untuk upgrade lagi ilmu dengan sertai Titanium Circle disebabkan tidak mahu stuck pada tahap sama saja.

Paling membanggakan 2 hari selepas PKP 1.0 berkuat kuasa, beliau dikejutkan dengan penerimaan untuk menjadi sebahagian daripada Titanium Circle. Sebenarnya pada mula PKP, beliau rasa Adriana Gold sudah tak boleh berjalan lagi. Team sudah stuck fikir sudah tak boleh jual emas beberapa hari.

Namun, asbab diterima sertai Titanium merupakan waktu tepat yang mana beliau dapat bimbingan secara dekat dengan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Saya diterima Titan dan terus dapat sesi 1 on 1 dengan Doc, waktu yang tepat dan saya rasa Allah bagi saya satu cahaya untuk bertemu MenThor dan di guide direct betul-betul.”

“Saat saya sudah dipengaruhi ‘biawak’ dengan PKP lagi, saya fikir dah tak boleh jual emas, sebab orang sudah tak mampu beli emas. Tapi 1 on 1 itu, banyak mengubah hidup saya dekat situ sehingga saya boleh buka kedai baru sekarang. Tak sangka, masuk Titan dalam masa 4 bulan saja, saya sudah boleh buka kedai lebih besar,” ujarnya.

Daripada sales drop pada Mac 2020 iaitu RM650,000, Adriana Gold saksikan kenaikan bukannya sikit iaitu sehingga RM1.3 juta pada bulan April. Alhamdulillah dalam tempoh PKP, sepanjang 2020 sales berjumlah RM12.9 juta berbanding RM5.7 juta pada 2019.

Kejayaan tidak kira latar belakang anda. Semua orang ada pilihan untuk berjaya dalam bisnes seperti Puan Fatin, beliau dari keluarga susah, pernah dikutuk macam-macam dengan hanya pendidikan lepasan SPM, beliau mampu membina bisnesnya dengan berjaya.

Pesan beliau, untuk nak buat bisnes ini perlunya ada ilmu untuk berjaya namun ilmu saja tidak cukup jika tiada pula tindakan anda sendiri.

“Kita boleh belajar dalam dewan yang sama, tapi kita takkan dapat results sama kalau kita tak betul-betul fokus, tak ambil apa yang diajar dan tak buat tindakan,” ujar Puan Fatin lagi.

 

Tonton Adriana Gold di platform Youtube

 

Artikel terbaru

Leave a Reply