AdDar Beauty : Fikir Buat Produk Jadi Kaya, Stok Tak Terjual Dek Tak Ada Ilmu. Kini Pada Januari 2021, Jualan Sudah Lebih RM1 Juta

Sebelum memulakan bisnes, Founder Addar Global Sdn Bhd (AdDar Beauty), Puan Norhaslinda Rosli merupakan seorang suri rumah sepenuh masa selepas berhenti kerja dalam industri perhotelan.

Menurutnya, beliau mula berniaga pada 2015 atas niat untuk menambah hasil pendapatan keluarga dengan pada masa itu perniagaan IT dilakukan keluarganya menyaksikan penurunan.

Bagaimanapun, Puan Norhaslinda berdepan masalah dalam bisnes yang bermula daripada hasil pinjaman orang lain. Namun bisnes dijalankan tanpa ilmu sampai beliau tak tahu hala tuju bisnes yang dibuat.

Kesilapan Dilalui Puan Norhaslinda

Beliau ingatkan keluarkan produk sendiri boleh jadi kaya, namun beliau berdepan masalah kerana tak tahu macam mana nak menjual, teknik pemasaran hingga produk-produknya disimpan di bawah katil.

“Saat paling sedih, bila duit habis tapi barang tak habis. Saya terkesan sejak mengeluarkan produk keluaran sendiri dengan tak semua orang bila kita pada tahap yang susah nak bersama dengan kita. 

“Tanpa ilmu memang senanglah orang nak ‘bodoh-bodohkan’ dan permainkan saya masa dulu. Jadi saya bangkit untuk belajar dan bertekad buat sampai jadi walaupun proses saya sangat lambat sebenarnya,” kata Puan Norhaslinda. 

Produk keluarannya hanya terjual 20 kotak saja sebulan dengan stok 1,000 kotak ketika baru berjinak dalam bisnes. Nak habiskan ini ambil masa 3 tahun lamanya.

Bagaimanapun selepas beliau pergi belajar dalam program RichWorks, perubahan sudah dapat disaksikan meskipun pada satu tahap menyaksikan sales beliau stuck RM50,000 ke RM60,000 selepas tak meneruskan pembelajaran bila fikir sudah ‘pandai’.

AdDar Beauty

Selepas itu, beliau nekad untuk kembali belajar dan dapatkan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman selepas dipaksa oleh sahabatnya.

Kemudian beliau ambil keputusan untuk kembali belajar dengan sertai program Nak Ubah Hidup 2019 dan seterusnya dapatkan bimbingan secara dekat dengan menyertai SPIRE pada September tahun sama.

Pencapaian Puan Norhaslinda selepas dibimbing

Sales semakin meningkat lagi hinggakan stok jadi isu sangat besar, sentiasa tak cukup pada tahun lalu. Dari sales puluh ribu dan sekarang menjadi ratusan ribu sebulan.

Jika dilihat jualan beliau menyaksikan peningkatan luar biasa meskipun tempoh mencabar pada 2020 dengan mencapai RM4.7 juta berbanding RM542,369 pada 2019 (sebelum SPIRE). Bukan itu saja, pada Januari tahun ini, sales beliau sudah berjaya capai lebih RM1 juta sebulan.

AdDar Beauty

Bukan itu saja, dulunya beliau hanya  gaji 1,200 dulu dengan RM300 saja diambil dengan lain bagi keluarga. Malah sekarang Puan Norhaslinda sudah boleh bagi gaji kepada mak, dapat membantu lebih banyak kepada orang lain disamping memperbanyakkan sedekah.

Ketika berbisnes dari 2020, beliau bermula dengan hanya  9 staf dan sehingga kini sudah ada lebih 50 staf dengan mempunyai dua lot kedai bagi pejabatnya yang bernilai RM4 juta.

Malah daripada dulunya nak habiskan 1,000 stok produknya mengambil masa 3 tahun, kini sabun yang dijualnya boleh cecah jualan 2,000 – 2,500 sehari.

Menurut beliau, resepi untuk berjaya baginya adalah bertindak jangan bertangguh, anda kena bertindak dengan lebih pantas. Jangan tunggu-tunggu lagi. Tambahnya, usahawan juga tidak boleh mudah putus asa dengan percaya kepada proses namun perlu ada bimbingan.

Sebab itu, anda semua tak boleh terlepas untuk hadiri Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 – 28 Mac 2021. Program ini telah membantu ramai orang untuk mengenali diri dan mengubah hidup mereka berdasarkan journey dan pembelajaran pengalaman MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Leave a Reply

logo richwell