Abah Car Spa : Buat 4 Bisnes Dalam Satu Masa Tak Pergi Ke Mana

Sebelum ini, Tuan Naquib Amat, Founder Abah Car Spa menyambung pelajaran di Yaman selama 6 tahun, namun terpaksa pulang ke Malaysia selepas ayahnya meninggal dunia.

Sedar akan tanggungjawab yang dipikul untuk menjaga ibu dan keluarga yang masih ada, beliau mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mulakan perniagaan.

Tapi tahukah anda, Tuan Naquib mengerjakan 4 perniagaan dalam sehari! Buat 4 bisnes sehari, siang malam sibuk berniaga.

Bermula dengan membuka car wash, tengah hari pula menjual jus jambu di hadapan kedainya dan dalam masa yang sama beliau buka kedai telefon bimbit. Petang sehingga malam, beliau jual burger.

“Bila ada orang nak beli jus jambu, saya stop sekejap cuci kereta. Bila ada orang nak beli burger, saya stop sekejap cuci kereta orang.”

Tuan Naquib

Bayangkan, betapa sibuknya beliau pada ketika itu mengendalikan kesemua perniagaan tersebut. Malah pernah suatu ketika, bekas pekerjanya yang ada kelulusan Degree hina bisnes beliau selepas dibuang kerja.

Katanya kerja di car wash tidak ada masa depan. Sehingga sekarang, kata-kata itu masih beliau ingat. Kebengangan itu menjadikan beliau untuk nak buktikan bahawa bisnes carwash dijalankan juga boleh berjaya,

Alhamdulillah, beliau berjaya keluar dari situasi kesibukan menjalankan 4 bisnes dan mula bangkit untuk bina kehidupan baru. Beliau mula komited dan mula mengenali RichWorks sebagai jalan penyelesaian setelah hadir ke Intensif magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK).

Dari situlah titik permulaan beliau mula berubah dan dapatkan ilmu bisnes yang betul.

Pada tahun yang sama juga (2013), beliau mempraktikkan ilmu Datuk Wira Dr Azizan Osman yang menekankan “FOKUS PADA SATU PERKARA / BISNES SAHAJA”.

Beliau sedar akan perkara tersebut yang sebelum ini pernah terjadi, beliau mula buat keputusan untuk fokus pada bisnes car wash sehingga sekarang.

Nasib tidak menyebelahi Tuan Naquib pada bulan 11 2018 apabila beliau sekali lagi diuji dengan kehilangan ibunda tercinta. Kehilangan ibunya memberi kesan yang amat mendalam sehinggakan beliau mengalami kemurungan yang agak teruk sekaligus membuatkan hilang fokus terhadap perniagaan yang dijalankan.

Pada fasa tersebut, jualannya jatuh merudum! Beliau hanya ada RM2,000 sahaja untuk jalankan perniagaan.

Pencapaian Abah Car Spa

Selepas menyertai program mentoring SPIRE pada November 2019, beliau berjaya tingkat jualan sebanyak RM660,624 pada tahun itu. Mula mencapai RM1 juta pertama pada November 2020 dan jualan untuk tahun tersebut adalah RM1.1 juta.

Kini, beliau sudah mempunyai hampir 30 orang staf yang uruskan perniagaan Abah Car Wash. Istana juga menggunakan servis beliau untuk mencuci kereta raja. Beliau juga dapat bayar komisen staf hampir RM10,000 sebulan walaupun dengan hanya menjalankan bisnes car wash sahaja.

Paling penting, beliau mempunyai kebebasan masa untuk berfikir strategi dan menambah ilmu. Siapa sangka. Dahulunya sale RM8000 hingga RM10,000 sebulan. Kini, jualannya hampir RM100,000 sebulan.

Jika anda mahu mencapai kejayaan seperti Tuan Naquib, jangan berlengah-lengah lagi. Masa tidak menunggu kita untuk berubah agar mencapai kejayaan. Sebab itu, anda kena hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 -28 Mac 2021.

Program ini adalah percuma dan daftar segera di www.BinaBisnesBerjaya.com.

Artikel terbaru

Leave a Reply