Strategi untuk Belajar dari Kegagalan. 3 Jenis Kegagalan Perlu Anda Tahu

Strategi untuk Belajar dari Kegagalan

Siapa di sini yang suka pada kegagalan? Pastinya tiada bangsa usahawan yang suka namun kegagalan berlaku sama ada disebabkan kesilapan sendiri ataupun faktor luar dan sesuatu berlaku di luar jangka.

Kebiasaannya, bila kegagalan berlaku kita akan belajar daripadanya bukannya membiarkan begitu saja. Lihat kembali atau buat post-mortem di mana kesilapan agar tidak diulang lagi di masa akan datang.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa kegagalan itu tidak semestinya buruk malah ada baiknya mengikut situasi.

Tiga Jenis Kegagalan :

Kegagalan ‘tidak baik’

Ia sebenarnya boleh dicegah jika melakukannya dengan betul, mengikut proses dan prosedur ditetapkan.

Kegagalan jenis ini berlaku kebiasaannya ekoran bila mereka tidak fokus, menolak proses yang ditetapkan ataupun ketidakupayaan orang itu.

Kegagalan ‘baik’

Ia dikatakan baik kerana memberikan pengetahuan baru bernilai yang boleh membantu bisnes untuk tambah baik dan melonjak tinggi berbanding pesaing-pesaing lain.

Kegagalan ini terjadi bila seseorang itu perlu bereksperiman berikutan situasi yang tak pernah dialami sebelum itu.

Kegagalan tidak boleh dielakkan

Ia berlaku kerana ketidakpastian yang berlaku dalam kerja berkenaan. Kejayaan atau kegagalan daripada gabungan keperluan, orang dan masalah yang belum pernah dilalui lagi.

Untuk mengatakan kegagalan ini ‘tidak baik’ dilihat tidak tepat dan produktif. Kegagalan mengundang salah menyalahi satu sama lain.

Kegagalan yang berlaku biasanya boleh mengundang menyalahkan satu sama lain dalam team atau organisasi. Sehubungan itu, leaders perlu jelas dengan membangunkan kefahaman apa yang berlaku bukannya siapa yang melakukannya.

Untuk mengikuti langkah ini, kita perlu membuat laporan kegagalan secara konsisten walaupun kecil atau besar kegagalan itu. Selain itu, menganalisanya dan secara aktif mencari peluang untuk bereksperimen.

Belajar Daripada Kegagalan

Terdapat 3 perkara penting boleh dilakukan untuk belajar daripada kegagalan iaitu mengesan, analisis dan bereksperimen agar dapat memastikan pendekatan dibuat adalah betul.

Mengesan – Kebanyakan organisasi sebolehnya akan menyembunyikan sebarang kegagalan selagi boleh disembunyikan dan ia tidak memberikan kesan segera atau menjejaskan.

Sepatutnya, uruskan kegagalan itu dari awal lagi sebelum ia terus berkembang dan membawa masalah besar.

Analisis – Pemimpin perlu memastikan team mereka bukan hanya melangkah ke depan selepas kegagalan itu malah menghentikan sebarang kajian apa pengajaran yang penting bila mereka gagal.

Analisis kegagalan perlunya siasatan, keterbukaan, kesabaran dan toleransi.

Bereksperimen – Menghasilkan kegagalan secara strategik pada tempat dan masa yang betul menerusi eksperimen sistematik.

Bukannya bermakna pemimpin itu suka kegagalan, tapi mereka faham bahawa perlunya melakukan eksperimen bagi mengatasi kegagalan sebelum ini antaranya dengan langkah lebih berinovasi.

Artikel terbaru

Leave a Reply