Strategi Membina Pengaruh

Strategi Membina Pengaruh

Pengaruh atau influence merupakan aspek yang penting lebih-lebih lagi dalam dunia online ini dengan jenama, syarikat-syarikat dan individu boleh menjadi tular dan fenomena.

Media sosial mesti menjadi sebahagian sistem bagi keperluan setiap usahawan bagi membina bisnes pada hari ini.

Sehubungan itu, tanya soalan ini. Adakah anda tahu berapa banyak pengaruh yang ada pada syarikat hari ini? Apa yang bisnes anda lakukan untuk memperluaskan pengaruh itu ke semua peringkat?

Berikut kami kongsikan anda beberapa strategi bagi membina bisnes anda dengan pengaruh.

7 strategi untuk bina bisnes dengan pengaruh :

  1. Jelas dengan tujuan anda

Anda perlu jelas dengan apa yang nak dicapai sebelum dapat mencapainya. Jika anda tak mampu untuk tulis impian, bermakna masih tak faham apa sebenar dimahukan.

  1. Peruntukan masa bagi media sosial

Media sosial merupakan aspek penting bagi hampir semua bisnes hari ini. Bagaimanapun, pastikan masa yang diluangkan berkualiti, fokus kepada objektif dan seimbangkan dengan keperluan lain.

  1. Jadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain

Bila anda menjadi pakar dalam bidang yang diceburi, tawarkan diri sendiri sebagai penasihat dipercayai yang membawa kepada pengikut yang setia. Menulis, audio dan video merupakan antara cara terbaik bagi berkongsikan kepakaran anda.

  1. Berikan pandangan yang unik

Terapkan kreativiti dan nilai tambah apa yang ditawarkan pada pasaran sasaran anda. Nilai tambah ini dapat membina pengaruh seterusnya mengembangkan bisnes.

Ingat, orang tak mengikut ‘followers‘ atau pengulang saja.

  1. Jangan berhenti belajar dan berkembang

Belajar merupakan kemahiran yang sangat penting bagi setiap pemimpin dan usahawan. Jika anda kekal dengan cara sama, tiada sebarang perubahan hanya akan buatkan anda ketinggalan malah ditinggalkan oleh pesaing-pesaing lain.

  1. Belajar mendengar

Mendengar merupakan kemahiran yang penting buat usahawan. Dapatkan maklum balas pelanggan anda agar dapat tambah baik produk atau servis anda tawarkan.

  1. Buat networking

Berkenalan dan sentiasa buat networking dengan orang lain bagi mendedahkan kita dengan pemikiran baru, idea di samping memperkasakan pengaruh digital anda.

Artikel terbaru

12 Comments

Leave a Reply