5 Strategi Bina ‘Karier Mantap’

5 Strategi Bina 'Karier Mantap'

Hidup mesti ada impian dan pencapaian.

Bila kita ada impian, kita akan berusaha dan melakukan yang terbaik untuk mencapai impian tersebut.

Bukan pengasas produk atau bangsa usahawan sahaja perlu ada impian. Pekerja juga perlu letak target dan objektif apa yang nak dicapai dalam karier dan kehidupan.

5 strategi bina karier mantap:

1. Proaktif (Be Proactive)

Jadilah individu yang produktif bukan pasif. Anda bersedia untuk bergerak kehadapan berdasarkan penilaian apa yang berlaku di sekeliling anda. Pada masa sama, kekal berjaga-jaga dan membaca kebarangkalian pada situasi tersebut. Sampai waktu, anda lakukan tindakan yang tepat.

Jika anda merasakan syarikat sedang mempertimbangkan perubahan besar dalam bahagian anda, sediakan strategi untuk langkah seterusnya.

Begitu juga, apabila anda melihat keperluan pelanggan mula berubah, bersedia untuk mengesyorkan produk, perkhidmatan atau hala tuju baharu.

Di samping itu, anda juga disarankan sentiasa meneroka. Ingin tahu tentang pasaran dan pelanggan.

Tuntut ilmu tiada had, tiada batas. Lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan yang cepat berubah dan bangsa usahawan memerlukan ilmu yang up to date. Ikuti kelas atau tambah kelayakan baharu dalam bidang yang anda minati.

2. Berhubung (Be Connected)

Langkah mengembangkan kerjaya anda yang seterusnya mungkin bukan dari rangkaian utama anda, tetapi dari rangkaian menengah (secondary) atau tertiari (tertiary networks) anda.

Mengikut takrifan, orang yang paling rapat dengan anda, mungkin mempunyai akses kepada maklumat yang sama seperti anda, maka anda perlu meneroka peluang baharu.

Mempunyai rangkaian atau hubungan dalam rantaian yang baharu memberikan anda peluang yang lebih cerah.

Pupuk hubungan secara berterusan, apabila anda memerlukan bantuan ini memudahkan langkah kerjaya anda.

Apabila, kerjaya anda berkembang seperti naik pangkat, anda boleh memanfaatkan jaringan (network) yang telah anda bina. Contohnya, mudah untuk mendapat sokongan dan memperoleh maklumat.

3. Cemerlang (Be Brilliant)

Apabila anda sedang mencari peluang seterusnya, prestasi masa lalu dan semasa akan dijadikan rujukan sekali gus membentuk prospek.

Prestasi cemerlang anda di tempat kerja adalah pelaburan terbaik untuk peluang yang lebih cerah di masa hadapan.

Jika anda dalam syarikat sama, peluang dan ruang untuk naik pangkat lebih besar.

4. Fleksibel (Be Flexible)

Ketahui bahawa anda boleh belajar daripada apa sahaja yang anda lakukan dan percaya keupayaan anda untuk berkembang dan maju.

Fleksibel pada persekitaran perkerjaan anda, dalam kata lain ada masa ada perlu bertoleransi dengan pekerja lain walau anda tidak berapa berkenan dengan sikap dan hasil kerja yang dilakukannya.

Yang ini jangan diabaikan juga, kita perlu fleksibel dengan pasangan dan keluarga. Isteri perlu dapat restu suami. Ada masa kerjaya anda diutamakan, ada masa kerjaya pasangan juga perlu diberi perhatian.

Sama-sama berjaya dalam bidang masing-masing lebih manis bukan.

5. Berani (Be Brave)

Kemajuan kerjaya sering memerlukan anda untuk melepaskan dan mengambil risiko.

Bijak dalam menilai peluang dan semua yang berkaitan dengannya, serta bersungguh-sungguh dalam menentukan sama ada ia sesuai untuk anda dan masa depan.

Ambil peluang dan buat keputusan yang akan membuka jalan untuk masa depan anda.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk meneroka, menjadi proaktif dan membina hubungan yang akan menggerakkan anda secara positif ke hadapan.

Jangan tunggu lagi, kita lakukan transformasi ini dengan kadar segera!

Artikel terbaru

Leave a Reply