Strategi Bijak Perlu Buat Sebelum Start Bisnes

Ramai orang berazam untuk miliki kehidupan yang selesa dan sempurna. Tidak semua orang bertuah dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya dan miliki kehidupan yang baik.

Ada juga yang ingin nikmati kesenangan hidup dengan hasil titik peluh sendiri.

Jadi, adakah azam anda akan tercapai?

Cuma cepat atau lambat sahaja untuk anda dapat rasai semua itu. Tertakluk kepada tindakan dan keputusan yang anda lakukan. Sebab itu lah, perancangan yang baik dan teratur perlu dibuat agar anda tahu macam mana nak gorak langkah.

9/10 daripada punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Tapi, kenapa anda tidak lakukannya? Jawapannya hanya dua. Iaitu anda masih selesa dengan punca rezeki yang anda sedang nikmati sekarang atau anda tidak tahu macam mana nak mulakannya.

Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Biar perumpaan itu sahaja berkata-kata. Banyak peluang di luar yang anda boleh rebut untuk ceburkan diri dalam bisnes. Daripada modal besar, kecil malah bisnes zero kos pun ada! Tunggu anda untuk bertindak sahaja lagi.

Tapi sebelum itu, jom baca perkongsian kami tentang strategi bijak yang anda perlu buat sebelum nak mulakan bisnes:

1.       Matlamat Bisnes yang Jelas.

Spesifikkan matlamat bisnes anda. Ada yang buat bisnes semata-mata untuk mengisi masa lapang dan ada yang serius menjadikan bisnes sebagai punca pendapatan utama.

Bukan hanya dengan berbisnes sahaja anda perlukan matlamat. Setiap pekerjaan dan perkara yang dibuat ada matlamatnya yang tersendiri.

Fungsi matlamat sangat penting kerana ia akan memacu produktiviti anda bagi mencapainya.

Ramai orang di luar sana berjaya di dalam bisnes kerana mempunyai matlamat yang jelas. Dengan adanya matlamat, anda akan lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan.

Tetapkan matlamat yang anda ingin capai dalam jangka masa pendek dan panjang bisnes anda.

2.       Buat Apa Yang Anda Suka.

Anda perlu merancang perniagaan anda untuk jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, bina perniagaan anda berlandaskan perkara yang anda suka. Melalui minat akan lahirnya kesungguhan.

Kami nasihatkan anda untuk kenali diri anda. Apa yang anda gemar dan seronok untuk lakukan? Boleh jadi anda suka akan kecantikan, makanan, sukan, fesyen serta macam-macam lagi. Anda cuma perlu pilih satu sahaja minat anda. Anda tidak perlu jual bermacam-macam produk, hanya fokus pada satu produk sahaja.

Bila anda ada minat terhadap apa yang anda lakukan, anda akan lebih terdorong untuk buat dan hasilkan yang terbaik. Oleh sebab itulah kami syorkan anda untuk buat apa yang anda suka.

Dari situ, anda akan tahu apa yang anda ingin jual. Banyak pilihannya, tinggal nak pilih sahaja.

3.       Modal Yang Ingin Dilaburkan

Untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, bisnes dengan modal yang rendah adalah pilihan yang tepat. Ini bagi memastikan anda tenang untuk mengatasi masalah jika berlakunya kerugian. Ini adalah langkah yang bijak buat mereka yang baru bermula.

Berapa bajet modal yang anda ingin laburkan? Itu anda yang tentukan.

4.       Online & Ofline

Bagus jika anda dapat seimbangkan kedua-duanya sekali. Bisnes secara online sudah semestinya dapat memudahkan anda disamping menjimatkan kos. Tetapi anda juga perlu pertimbangkan kerana ada juga antara pelanggan yang tidak mahu tunggu lama untuk dapatkan sesuatu produk.

Lebih mudah bagi segelintir pelanggan untuk dapatkan produk di premis. Ia mampu meningkatkan kepercayaan pelanggan pada peniaga dan brand.

Capaian jualan secara online semestinya akan lebih meluas. Anda juga akan dapat tarik pelanggan dari merata tempat. Pemasaran yang berterusan serta kreatif mampu meningkatkan hasil jualan anda.

5.       Jangan Cepat Putus Asa

Sikap ini perlu ada di dalam diri setiap peniaga. Ia sangat penting agar anda tidak mudah jatuh jika diuji dengan cabaran. Sikap ini adalah kunci yang akan membuka pintu kejayaan! Orang yang berjaya adalah mereka yang mampu bersabar. Kejayaan tidak hadir dengan mudah, tetapi jika anda ada ilmu yang betul, anda mampu dapatkan kejayaan dengan mudah!

Trust the process.

Anda perlu ingat “Winners never quit, and quitters never win.”

6.       Daftar Perniagaan Anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Perkara ini selalu diabaikan oleh mereka yang ada bisnes. Apabila bisnes anda sudah semakin  berkembang, anda  perlu daftarkannya  kerana ia telah menjadi satu kewajipan buat para peniaga.

Dengan mendaftarkan perniagaan anda, anda boleh membuka akaun khas untuk mengelakkan hasil keuntungan tercampur dengan duit peribadi anda. Jadikan ia sebagai akaun khas perniagaan anda. dari situ anda boleh lihat duit keuntungan bisnes anda grow.

Sekian sahaja 6 tips kami kongsikan untuk anda. Jika anda lakukan dengan betul dan teratur, bisnes anda akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Disamping itu, anda juga perlu pastikan untuk cukupkan diri dengan ilmu bisnes yang berkesan.

Itulah kunci untuk bina bisnes berjaya anda. Semoga maju jaya bakal peniaga!

Artikel terbaru

Leave a Reply