Shutterstock : Kejayaan Tidak Disangka

Shutterstock : Kejayaan Tidak Disangka

Founder Shutterstock, Jon Oringer tidak menyangka bahawa perkhidmatan gambar stok disediakan boleh bertukar menjadi syarikat jutaan dolar pada hari ini.

Semuanya bermula pada awal 2000 apabila Oringer tidak dapat menemukan gambar online yang berkualiti tinggi bagi memasarkan produknya ke pasaran.

Dari situ Oringer putuskan untuk mengambil gambar sendiri meskipun tanpa ada latihan sebagai seorang jurugambar. Kemudian beliau memuat naik gambar-gambar diambil ke dalam laman web untuk melihat jika ada sesiapa yang berminat untuk membelianya. Siapa sangka terdapat permintaan bagi gambarnya dalam semua demografik, syarikat-syarikat besar ke individu.

Oringer sedar dengan perkembangan Shutterstock dari bulan ke bulan bahawa bisnes itu mempunyai potensi yang besar. Sejak itu, Shutterstock menjadi hub sangat berkuasa bagi kandungan dan peralatan kreatif.

Ketika Shutterstock dilancarkan buat pertama kali pada 2003, terdapat beberapa laman web gambar stok. Namun mereka mempunyai limitasi seperti meletakkan had geografi pada gambar-gambar dan hanya individu boleh membelinya. Selepas mengetahui isu itu, Origner bertindak pantas dengan membuatkan semua gambar pada laman webnya royalti percuma, tanpa had geografi dan boleh diakses sesiapa saja dengan langganan berbayar.

Beliau juga memasukkan jurugambar profesional untuk mengambil gambar-gambar yang berkualiti tinggi.

Pelajaran Penting Yang Jon Oringer Dapat Ketika Membina Bisnes Termasuk Shutterstock:

Pelajaran paling penting yang beliau telah belajar mengenai apa yang diperlukan untuk menjadi pembina yang berjaya, hanya satu iaitu dengan mendakap kegagalan.

“Jika anda boleh mendakap kegagalan itu, ia akan mengajar lebih mengenai anda dan bisnes,” katanya.

Seorang usahawan (teknologi) itu bermaksud dia dapat beralih dengan cepat, menutup bisnes yang tidak menunjukkan prestasi, mendakap kegagalan dan terus memandang ke hadapan.

Sangat penting untuk kita belajar daripada kegagalan lalu dan menggunakan apa yang dipelajari bagi berdepan cabaran keusahawanan di masa akan datang.

Perkembangan Shutterstock ketika ini:

Dalam tempoh 17 tahun ini, Shutterstock telah berjaya mengembangkan bisnes dengan memasukkan video dan muzik selain daripada gambar serta disenaraikan dalam pasaran saham pada 2012. Syarikat itu menghasilkan $650 juta pendapatan dengan 1,000 kakitangan di seluruh dunia.

Hingga Mei lalu, Shutterstock telah menarik lebih 1 juta penyumbang gambar dan membangunkan sebuah library dengan lebih 300 juta imej. Shutterstock telah menyantuni pelanggan dari lebih 150 negara dengan lebih 1 bilion gambar telah dimuat turun.

Pada tahun lalu, Oringer ambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shutterstock. Beliau kini terlibat dengan projek baru bagi membangunkan Shutterstock kedua, ketiga dan lain-lain. Bagaimanapun, beliau masih terlibat dengan strategi bisnes Shutterstock sebagai seorang Pengerusi Eksekutif.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply