Genap Setahun Selepas PKP 1.0 Dikuat Kuasa. Apa Kita Boleh Belajar & Lakukan?

Panik, tak tahu apa nak dilakukan. Habislah bisnes yang dijalankan ini. Bolehkah bisnes aku bertahan? Ada tak lagi orang akan beli produk atau servis dijalankan ini?

Inilah antara persoalan-persoalan yang timbul dalam kebanyakan rakyat di negara ini berikutan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) pada tanggal 18 Mac 2020.

Umpama perintah berkurung, kesemua sektor ekonomi tidak dapat beroperasi kecuali essential, pintu sempadan ditutup dengan pergerakan juga terbatas. Mungkin ada daripada kita, ketika itu melihat ianya hanya virus biasa-biasa yang akan hilang selepas tamatnya tempoh PKP 1.0 iaitu pada 31 Mac 2020.

Bagaimanapun, kes mula menyaksikan peningkatan hingga tempoh PKP dilanjutkan kepada 14 April dan kemudian dilanjutkan lagi. Dari PKP kemudian berubah ke PKP Bersyarat, kemudian PKP Pemulihan sebelum kembali ke PKP 2.0 selepas kes menyaksikan peningkatan hingga 4 angka dengan kadar kebolehjangkitan atau Rnaught (R0) yang tinggi.

Pelbagai kesan yang dihadapi ramai orang termasuk bangsa usahawan di negara. Terdapat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terpaksa ditutup, mengecilkan operasi dan beralih kepada bisnes model baru agar dapat bertahan dalam keadaan yang tak pernah dilalui sebelum ini.

Selain itu, lebih 800,000 telah hilang pekerjaan ketika pandemik, banyak industri terjejas terutama pelancongan negara dengan kerugian dikatakan melebihi RM100 bilion dan lain-lain lagi.

Pelbagai bantuan dan pakej rangsangan dilakukan Kerajaan agar membantu seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang terjejas ekoran pandemik ini. Kerajaan Malaysia telah melancarkan lima pakej rangsangan fiskal bernilai RM305 bilion untuk menangani kesan pandemik COVID-19 ini.

Tapi apa-apapun, kesemuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Adakah kita sanggup berusaha, tak mengalah untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan yang melanda itu.

Seperti yang dipesan dan diingatkan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, “Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”

RichWorks bersama Datuk Wira ketika itu juga memberikan lebih sokongan dengan membuat live dan beri latihan setiap hari bagi pastikan bangsa usahawan yang dididik dapat mengharungi dan berkembang lagi meskipun dalam keadaan sedemikian.

Alhamdulillah, lebih 400,000 berjaya dibantu ketika PKP1.0 dan ramai anak didik MenThor, Datuk Wira bukan setakat bertahan, malah berjaya bangkit hingga memecahkan rekod jualan ke tahap lebih tinggi. Contohnya, bisnes Sabella dan Mamasab yang capai jualan lebih RM100 juta pada tahun lalu.

Apa yang boleh usahawan lakukan lagi?

1. Jangan mudah berasa selesa

Selesa boleh buatkan kita tidak ada daya untuk melakukan lebih baik lagi seterusnya menyebabkan terus berada pada tahap yang sama. Keluar daripada zon selesa dan teruskan usaha bagi mencapai matlamat disamping bantu lebih ramai orang lain.

Apatah lagi dalam keadaan masa ini, kita hidup bersama pandemik yang memerlukan amalan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diri serta orang lain.

2. Cari ilmu dan MenThor

Jangan berhenti untuk cari ilmu. Jelas Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa pada hari kita berhenti belajar, pada hari itulah kita akan berhenti berkembang.

Perkembangan teknologi yang pantas, perubahan tabiat manusia seperti dilihat dengan kepentingan digitalisasi pada masa ini memerlukan ilmu untuk kita dapat mengadaptasinya ke dalam bisnes.

Jika tidak, kita akan ketinggalan mengakibatkan bisnes boleh jatuh kerana pesaing anda yang telah bergerak ke depan.

Melalui MenThor, kita juga boleh mengetahui shortcut hasil daripada pengalaman dan kejayaan orang lain. Malah, kita boleh elak melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh beri kesan kepada bisnes.

3. Berada dalam circle yang betul

Pentingnya berada dalam circle yang betul. Circle yang terdiri daripada orang yang positif yang dapat memberikan inspirasi dan membantu kepada satu sama lain, belajar perkara betul yang dilakukan dan banyak lagi.

Contohnya, bila kita berada dengan rakan atau orang disekeliling yang merupakan usahawan berjaya atau jutawan, tak mustahil lama-kelamaan kita pun boleh menjadi seperti mereka.

Seperti dinyatakan dalam sebuah hadis :

مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW membuat perumpamaan teman atau kawan yang baik ini umpama seorang penjual wangi kerana manfaat yang kita akan perolehi daripadanya apabila kita berdamping dengan mereka.

Imam al-Nawawi memberitahu, hadis ini menunjukkan kepada kita kelebihan duduk bersama orang yang soleh, orang yang baik, orang yang menjaga maruah, orang yang mulia akhlaknya, orang yang warak, ahli ilmu, orang yang beradab di samping larangan duduk bersama orang yang tidak baik, ahli bid’ah, orang yang dibenci masyarakat atau yang melakukan maksiat, malas beramal dan lain-lain.

Kesimpulan

Kita tidak boleh alpa dan lalai untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain daripada musuh tak dapat dilihat ini. Kita pernah hampir dapat mengawal jumlah kes hingga 1 angka namun kes naik semula apabila ramai orang mula alpa dengan SOP dan amalan norma baharu yang perlu terus dibudayakan.

Begitu juga bagi bangsa usahawan, kita tidak boleh alpa dan selesa dengan keadaan ketika ini. Cabaran masih ada yang memerlukan kita berterusan mencari jalan terbaik untuk bisnes dapat berkembang lagi.

Jika apa yang dilakukan ketika ini hanya memberikan hasil yang sama, lakukan perubahan dan tambah baik agar kita boleh mendapatkan keputusan lebih baik. Mungkin perubahan itu tidak mudah, namun itulah langkah yang perlu usahawan buat untuk capai peningkatan seterusnya kejayaan.

Tidak lupa juga kepada pasukan frontliners atau barisan hadapan yang tidak mengenal erti penat, berkhidmat bagi membantu negara dan masyarakat agar soal keselamatan dan kesihatan kita terjaga.

Justeru itu, sempena genap setahun PKP 1.0 telah berlalu, RichWorks mengadakan satu program khas untuk sama-sama kita dapat memperingati kembali perjuangan serta pengorbanan semua pihak terutama pasukan frontliners.

Nantikan 18 Mac ini, Bersama Frontliner Adiwira Negara! Saksikan secara langsung di Facebook Page, YouTube & Instagram Azizan Osman.! Sesi satu pada pukul
11.00 pagi hingga 2.00 petang dan sesi dua
6.00 petang hingga 10.00 malam.

Bersama ‘Wira dan Wirawati’ negara yang telah berjuang dan membantu mengharungi pandemik sehingga hari ini.

Kita jaga kita, perjuangan kita ini masih belum selesai lagi!

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Genap Setahun Selepas PKP 1.0 Dikuat Kuasa. Apa Kita Boleh Belajar & Lakukan?” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply