Seronoknya Puasa di Bulan Ramadan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita diberikan peluang untuk menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan kali ini.

Meskipun dalam kita berdepan dengan virus C0VID-19, ibadat puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam perlu diteruskan di samping amal ibadat lain seperti solat Tarawih, membaca al-Quran dan sebagainya.

Ibadat berpuasa di bulan Ramadan ini bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum dan kehendak nafsu semata-mata di siang hari.

Apa yang dikehendaki oleh Allah SWT semasa kita sedang melaksanakan junjung perintah-Nya supaya turut berpuasa anggota badan yang lain seperti lidah daripada berkata sesuatu yang tidak baik atau mata daripada melihat sesuatu yang diharamkan.

Puasa turut mendidik umat Islam menahan diri mereka daripada melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, bertengkar, mengeluarkan kata-kata buruk dan sia-sia. Malah puasa dapat menjadi tempat latihan bagi memupuk kesabaran, kejujuran serta sikap bertolak ansur.

Secara tidak langsung, puasa akan membina serta membiasakan semua sikap positif itu dalam diri masing-masing.

Ramadan ini juga begitu istimewa yang mana merupakan bulan kemuliaan, rahmah dan keampunan kepada kita semua. Alangkah ruginya, jika kita tidak merebut peluang yang diberikan ini bagi mendapatkan keampunan daripada Allah SWT dan pelbagai manfaat lain.

5 antara manfaat puasa di bulan Ramadan :

1. Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka

Sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud, “Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu nereka dan diikat semua syaitan.”

Selain itu, dosa juga akan diampunkan apabila melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

2. Ganjaran kebaikan yang berlipat ganda

Segala kebaikan diberikan pahala yang berlipat ganda termasuk amalan fardu, sunat, sedekah dan lain-lain lagi.

Rasulullah SAW bersabda:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda serupa dengannya hingga 700 kai ganda, Allah Azza Wajalla berkata “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

3. Doa yang mustajab

Pada bulan Ramadan, kita digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalami dan orang yang musafir.” (HR Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

4. Malam Lailatulqadar

Terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam istimewa yang tidak diketahui bila kerana ia adalah rahsia Allah.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

5. Gaya hidup sihat

Hikmah berpuasa juga memberikan kesihatan dan merehatkan perut dan usus anda. Menurut kajian, berpuasa merupakan cara terbaik bagi mengurangkan kolesterol dan membuang toksik.

Sabda Rasulullah SAW :
“Berpuasalah nescaya kamu sihat.”

Sehubungan itu, kita terutama usahawan sepatutnya rasa teruja dan seronok bagi mengharungi bulan ini dengan lebih baik di samping menjadi insan yang bertakwa.

Jangan menyesal di kemudian hari kerana kita pun tidak tahu mungkin ia merupakan Ramadan terakhir buat kita. Justeru itu, jom kita pastikan dapat menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya dalam bulan mulia ini.

Jangan jadikan puasa di bulan Ramadan ini sebagai alasan untuk kita lambat atau tidak produktif ya. Selamat berpuasa.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Seronoknya Puasa di Bulan Ramadan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



8 Comments

Leave a Reply

logo richwell