Serius, Anda Boleh Beli Kereta Hyundai di Amazon Sekarang! Tapi…

Serius, Anda Boleh Beli Kereta Hyundai di Amazon Sekarang! Tapi…

Daripada pakaian kepada elektronik, barangan runcit dan banyak lagi, terdapat terlalu banyak produk yang pelanggan Amazon boleh membeli di platform syarikat e-dagang yang luas itu.

Tidak lama lagi, kenderaan bermotor akan dimasukkan ke dalam senarai itu. Orang ramai akan dapat menyemak imbas dan membeli kereta serta SUV melalui laman web Amazon, dengan Hyundai menjadi pembuat kereta pertama yang bekerjasama dengan syarikat itu, lapor CNN Business.

Walaupun pelanggan tidak akan dapat Hyundai Santa Fe atau Sonata yang baru dibeli terus dihantar ke rumah mereka, proses itu bertujuan untuk mereplikasikan proses membeli-belah dalam talian sebanyak yang mungkin. 

Dalam erti kata lain, ia memudahkan tapi tidaklah begitu mudah?

Sebaik sahaja kenderaan dipilih daripada inventori pengedar Hyundai tempatan, pelanggan akan mengambilnya daripada pengedar.

Hyundai yang dimiliki oleh Hyundai Motor Group yang berpangkalan di Korea Selatan, merupakan salah satu pengeluar kenderaan baharu yang berprestasi tinggi di Amerika Syarikat (AS), menurut penyedia data dan analisis automotif S&P Mobility. 

Sehingga tahun lepas, ia disenaraikan sebagai pengeluar peralatan asal (OEM) nombor tiga di AS berdasarkan bahagian pasaran runcit.

Susunan Amazon-Hyundai adalah selaras dengan undang-undang di kebanyakan negeri AS yang melindungi pengedar kereta daripada jualan langsung oleh pembuat kereta, menurut CNN. 

Keupayaan untuk membeli kereta dalam talian telah menjadi kontroversi bagi pembuat kereta lain seperti Tesla dan Rivian yang lebih suka menjual terus kepada pengguna.

Laman web Amazon akan menawarkan maklumat pembiayaan dan alat pengiraan pembayaran bulanan yang mana akan memainkan peranan penting dalam keseluruhan pengalaman pengguna.

Pelanggan akan mempunyai pilihan untuk mencari inventori pengedar, melihat harga kenderaan dan memulakan pembelian melalui laman web Amazon, tetapi pemilihan akan dihadkan kepada kenderaan yang sudah tersedia dalam inventori pengedar. 

Walaupun keupayaan untuk memilih kenderaan dalam talian bukanlah sesuatu yang baru, ia mula mendapat perhatian orang semasa pandemik Covid-19 apabila aktiviti peninjauan ke pusat edaran fizikal dihadkan.

Hyundai dan Amazon juga telah mengumumkan kerjasama lain di mana Amazon akan menyediakan pengaturan data untuk Hyundai dan model Hyundai masa depan akan disertai dengan bantuan suara daripada Alexa. Pengedar Hyundai tidak diwajibkan untuk menyertai program ini, tetapi mereka mempunyai pilihan untuk ikut serta.

Artikel terbaru

Leave a Reply