Selepas Kesusahan Pasti Ada Kesenangan

Ada sinar di hujung terowong! Pandemik Covid-19 yang mula muncul akhir tahun lalu di China nampaknya semakin hampir untuk kita menyaksikan penghasilan vaksin dengan keberkesanan yang tinggi.

Terbaru, vaksin BioNTech/Pfizer dan yang sedang dibangunkan di Amerika oleh firma Moderna, telah mendahului usaha sedunia bagi penghasilan vaksin, selepas uji kaji besar-besaran bulan ini menunjukkan suntikan mereka mencapai 95% tahap keberkesanan ke atas Covid-19.

Harga vaksin BioNTech/Pfizer dijangka berharga sekitar AS$20 ($27) bagi setiap dos, dengan satu suntikan dilakukan 28 hari selepas yang pertama.

Pengasas bersama BioNTech, Profesor Dr Ugur Sahin berkata, beliau “sangat yakin” vaksinnya selamat, sehari selepas Pfizer dan BioNTech mengumumkan tamatnya uji kaji percubaan mereka melibatkan 43,000 sukarelawan, dengan lebih 21,000 menerima suntikan – tanpa menunjukkan sebarang kesan sampingan serius.

“Terdapat peluang untuk kita menerima kelulusan dari Amerika Syarikat atau Eropah atau dari kedua-dua rantau ini dalam tahun ini.
“Kita mungkin boleh mula mengedarkan vaksin dalam Disember ini, jika semua orang bekerja rapat,” jelasnya.

Tahap keberkesanan yang tinggi ini telah meningkatkan harapan dunia untuk mengakhiri pandemik yang telah menjangkiti lebih 56 juta orang dan menyebabkan lebih 1.3 juta kematian.

Vaksin mengandungi antigen yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Kesusahan ada kesenangan

Ekoran pandemik ini, ramai pihak yang terjejas – ada bisnes yang ditutup, mengecilkan operasi dengan lebih 800,000 orang hilang pekerjaan di negara. Bisnes terpaksa berubah dan menyesuaikan dengan keadaan semasa untuk terus bertahan dan berkembang.

Bila kita menerima ujian maknanya, Allah sedang ingat kita. Allah mahu kita ingat pada-Nya. Sabarlah dan jangan henti berdoa kerana Allah sudah janji, setiap kesusahan yang dialami PASTI ada kemudahan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.[Ash-Syarh: 5-6]

Ayat ini bermaksud, sesungguhnya pasti dengan kesusahan yang dialami, ada kesenangan yang datang bersamanya, dekat dengannya. Dan kesenangan itu lebih banyak daripada kesusahan.

Bangkit daripada kegagalan

Kami kongsikan contoh seorang usahawan yang berjaya pada hari ini. Mungkin anda hanya nampak keadaan senangnya sekarang ini, tapi tidak mengetahui kesusahan yang dialami sebelum itu.

Gagal dalam perkahwinan pertama dan hampir juga gagal dalam perkahwinan kedua akibat masalah ekonomi dan tekanan perasaan sehinggakan bekas ‘building manager’ ini terpaksa berhenti kerja kerana sakit. 

Hilang mata pencarian menyebabkan hutang makin banyak, kereta ditarik dan rumah kesayangannya yang dibina hasil titik peluh selama 8 tahun terpaksa dilelong kerana tak mampu bayar.

Inilah cabaran dan ujian dihadapi Puan Diyana Tahir yang merupakan Pengasas eHati International. Kesusahan yang dilaluinya menyebabkan timbul perasaan untuk bantu lebih ramai wanita yang berdepan masalah sama.

Alhamdulillah, bisnes yang dimulakan sejak 2013 telah membantu lebih 60,000 wanita sehingga tahun lalu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia.

Jualan bisnes beliau pada tahun ini saja sudah cecah RM5.8 juta berbanding RM2.4 juta pada tahun lalu. Puan Diyana Tahir merupakan salah seorang daripada ribuan usahawan yang mendapatkan pendidikan dan bimbingan RichWorks International.

Justeru itu, yakinlah dan percayalah selepas kesusahan itu ada kesenangannya. Bersabarlah, berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Yang Maha Esa.

Pasti ada sinar di hujung terowong!

Artikel terbaru

Leave a Reply