Kenapa Sekarang Waktu Terbaik Mula & Kembangkan Perniagaan? 5 Langkah Untuk Anda Mula

Kenapa sekarang waktu terbaik

Sudah hampir 19 bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan pertama dikuat kuasakan (PKP 1.0) di negara ekoran pandemik, ramai pakar dalam bisnes kecil berpandangan bahawa kini waktu terbaik untuk mulakan bisnes baru.

Ketika ini orang sedang mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi ekoran pandemik ini, apatah lagi kelonggaran sudah mula dibuka dengan ekonomi mula bergerak dengan lebih pantas.

Pandemik ketika ini tidak akan kekal selama-lamanya. Bisnes dan syarikat yang sudah berubah dan adaptasi dengan keadaan semasa akan terus berkembang sebaik pandemik ini tamat.

Anda akan lebih bersedia untuk berdepan dengan perubahan yang berlaku seperti tabiat dan sikap pengguna yang beralih kepada online, penggunaan teknologi digital dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, banyak syarikat-syarikat berjaya bermula ketika tempoh krisis ekonomi yang berlaku. Contohnya Whatsapp, Venmo dan Ubre yang diasaskan ketika kegawatan ekonomi.

Menurut penulis buku terkenal dan pakar bisnes kecil, Melinda F.Emerson atau dikenali sebagai SmallBizLady berpendirian sama bahawa ketika ini merupakan tempoh waktu terbaik untuk melakukan bisnes.

Malah menurut beliau, mengikut kajian dan statistik yang dibaca bahawa pada 2040, 95% pembelian akan dilakukan secara online.

Sehubungan itu, usahawan dan bakal usahawan perlu menggunakan media sosial yang kini menjadi sumber bagi membeli barangan secara online.

Nasihat terbaik beliau kepada orang ramai adalah untuk mereka yang nak mula bisnes perlulah kenal pasti dulu apa yang mereka mahukan dan kenapa anda mahukannya!

Untuk menjalankan bisnes bukannya mudah, anda mungkin mahukan kebebasan masa, namun mungkin pada permulaan bisnes akan menguasai masa anda.

Malah 7 tahun dalam bisnes pertama SmallBizLady, beliau sedar bahawa akan dapat melakukan bisnes lebih baik jika mendapat nasihat yang baik.

Berikut kami kongsikan bagaimana anda boleh mulakan bisnes mengikut SmallBizzLady.

5 langkah untuk mulakan bisnes pada waktu terbaik ini:

1/ Kenal pasti apa yang anda mahukan dan mengapa mahukannya. Memulakan bisnes bukannya bagi semua orang kerana akan terdapat proses ‘induksi’ atau saringan melihat kesesuaian anda.

50% semua masalah bisnes melibatkan masalah peribadi usahawan itu sendiri.

2/ Pastikan ada spesifik pasaran atau niche anda. Seorang pakar akan mendapatkan bayaran yang lebih. Justeru itu, usahawan perlu mewujudkan sesuatu yang mungkin sukar ‘ditiru’ pesaing anda.

3/ Wujudkan proses jualan online anda. Ketahui bagaimana untuk menjuak dari laman web, platform media sosial dan marketplace yang ada ketika ini.

4/ Bina team yang betul. Jelas SmallBizLady, jika anda tak dapat melakukannya maka bisnes hanya dapat berkembang setakat apa yang anda mampu lakukan.

Jadi seperti ratu lebah, bukan semua perkara perlu dilakukan. Umpama Rashid dan Rashidah yang semua perkara dilakukan sendiri dalam bisnes mereka.

“Ingatlah bahawa sebagai seorang Founder dan pengasas bisnes tidak bermakna anda seorang pemimpin bisnes,” SmallBizLady.

5/ Jangan takut kepada nombor. Anda perlu memahami nombor-nombor ini yang masuk ke dalam bisnes anda. Cari akauntan atau MenThor yang dapat menjelaskannya kepada anda.

Soal cash flow atau aliran tunai merupakan antara punca utama banyak usahawan lingkup dan menutup bisnes mereka.

Artikel terbaru

Leave a Reply