Sejarah kemerdekaan dan transformasi keusahawanan Malaysia 

Sejarah kemerdekaan dan transformasi keusahawanan Malaysia

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik yang bersejarah buat negara Malaysia kerana telah mencapai kemerdekaan negara.

Setiap tahun, peristiwa ini akan disambut secara besar-besaran dengan pelbagai persembahan dan pertunjukkan seperti perarakan, nyanyian, tarian, pertandingan, pertunjukan bunga api dan banyak lagi persembahan yang dipersembahkan pada tarikh tersebut di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia terutamanya di Dataran Merdeka atau Putrajaya. 

Lebih meriah lagi apabila rumah-rumah, kenderaan, banggunan serta jalan-jalan dipasang dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang serta lampu yang berwarna-warni. Paling ditunggu-tunggu buat rakyat Malaysia adalah hari yang merupakan cuti umum.

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2023

Selain dari kemeriahan, tema hari Kemerdekaan juga sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2023 adalah ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Sempena kemerdekaan yang ke-66, tema ini dipilih sebagai mendasari tekad pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang  tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera. 

Harapan Malaysia Madani adalah perpaduan sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat menikmati segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berasaskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Peranan penting kemerdekaan bagi usahawan

Kemerdekaan mempunyai definisi yang berbeza-beza bagi setiap individu, begitu juga dengan usahawan yang mempunyai erti kemerdekaan yang menjadi pegangan mereka sendiri. Apa peranan penting kemerdekaan bagi usahawan?

1. Inovasi dan kreativiti

Kemerdekaan memberikan mereka kebebasan untuk berfikir di luar batasan serta mencipta solusi inovatif untuk setiap masalah yang ada selain dapat mengembangkan produk dan layanan tanpa batasan dalam suatu keadaan yang tertentu. Ini sangat mendorong kreativiti dan membantu dalam menambah nilai bagi pelanggan mereka.

2. Bebas membuat keputusan

Usahawan bebas untuk membuat keputusan yang lebih cepat dan lebih efisien tanpa perlu menunggu persetujuan dari pihak lain atau perlu mengikuti jalan yang rumit. Kemampuan untuk membuat keputusan dengan cepat membolehkan usahawan menang dalam bersaing dengan pesaing.

3. Perkembangan dalam pasaran

Dalam situasi di mana ada keterbatasan dalam perdagangan dan ekonomi, kemerdekaan dapat memberikan usahawan kesempatan untuk menjelajah pasaran yang baru dan kembangkan hubungan dengan pasaran bisnes antarabangsa. Ini bakal membuka peluang baru untuk perkembangan bisnes.

4. Lebih banyak peluang pekerjaan

Usahawan yang merdeka ada potensi untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan. Dengan membina bisnes yang berjaya, mereka pasti dapat memberikan kesempatan untuk orang lain turut sama berkongsi rezeki dan turut sama menyumbang pada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Perubahan keusahawanan Malaysia selepas merdeka

Selepas kemerdekaan tahun 1957, Malaysia telah mengalami perubahan yang signifikan dalam bidang keusahawanan. Perubahan ini mencerminkan perkembangan sosial, ekonomi dan politik negara. 

Berikut merupakan aspek penting perubahan keusahawanan Malaysia selepas kemerdekaan.

1. Pemerkasaan usahawan tempatan

Selepas merdeka, kerajaan Malaysia mendorong pemerkasaan usahawan tempatan melalui pelbagai dasar dan inisiatif termasuk penyediaan bantuan kewangan, latihan dan sokongan infrastruktur kepada usahawan tempatan, terutama sekali golongan Bumiputera.

2. Kepelbagaian ekonomi

Malaysia telah berusaha untuk meluaskan pelbagai bidang ekonomi bagi mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kebergantungan terhadap sektor tertentu. Ini telah mendorong perkembangan usahawan dalam bidang seperti teknologi maklumat, perkhidmatan profesional, pelancongan dan sektor kreatif. 

3. Globalisasi dan perdagangan antarabangsa

Kemerdekaan Malaysia telah membuka pintu kepada peluang perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Ini telah memberikan kesempatan kepada usahawan untuk menjelajahi pasaran luar negara dan menjalinkan rangkaian bisnes yang luas.

4. Pembangunan infrastruktur

Perkembangan infrastruktur yang pesat selepas merdeka seperti peningkatan dalam sistem pengangkutan dan penyediaan bekalan elektrik telah membuka peluang baru bagi usahawan untuk membangunkan perniagaan mereka.

5. Teknologi dan inovasi

Perkembangan teknologi dan inovasi telah membuka peluang yang baru dalam keusahawanan. Malaysia telah melihat perkembangan usahawan dalam bidang teknologi maklumat, aplikasi mobile, e-dagang dan banyak lagi.

6. Peluang import dan eksport

Dengan akses yang ada kepada pasaran global, usahawan Malaysia telah dapat mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Ini telah mendorong peningkatan eksport dan menjadikan usahawan lebih kompetitif di pasaran global.

Perubahan keusahawanan Malaysia selepas merdeka

Kerajaan dan usahawan telah bekerjasama untuk memajukan ekonomi negara dan memberi peluang kepada warganegara untuk berkembang di dalam bidang keusahawanan. Namun, penting untuk diingat bahawa kemerdekaan  membawa tanggungjawab yang besar. 

Usahawan harus memiliki keterampilan management dan kemampuan  menghadapi risiko serta kemahuan untuk belajar dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Walaupun kemerdekaan membuka peluang keuntungan buat usahawan, namun ia juga memiliki risiko.

Artikel terbaru

Leave a Reply