Satu Klik Dan Boom!

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. Perjalanan anda menjadi jutawan pula mungkin boleh bermula dengan satu klik. Tak cuba tak tahu.

Zaman sekarang ini, telefon bimbit memang tak pernah lekang dari tangan. Ke mana-mana pun mesti ada handphone. Jadi kenapa tak manfaatkan gajet canggih anda untuk bisnes?

Ada satu aplikasi dalam telefon anda, yang sangat berkesan untuk anda pasarkan produk anda. Namanya? Aplikasi video dan live. Kenapa saya kata ianya sangat berkesan?

Dalam platform aplikasi Facebook sekarang kalau anda perasan, sesiapa yang selalu memuat naik perkongsian video dan live, page mereka lebih senang diakses, lebih luas capaian dan paling penting lebih senang viral.

Facebook sebenarnya dah lama melancarkan sistem di mana sesiapa saja yang buat perkongsian nilai yang lebih (terutama video sharing dan live) mereka lebih disayangi Facebook dan rakan-rakan.

Jadi, videokan produk anda. Videokan diri anda, buat live. Videokan nilai-nilai produk anda. Kongsi apa yang boleh anda kongsi dengan rakan-rakan dan pengikut anda di Facebook dan di Instagram. Tutorial, tips, sejarah produk dan macam-macam lagi yang anda boleh videokan.

Biar jadi viral!

Mulakan habit video dan kekalkan momentumnya supaya pengikut anda tak bosan dan sentiasa keluarkan idea-idea baru yang fresh dan menarik. Jika anda boleh buat video yang ada unsur humor, itu lebih menyeronokkan.

Sekali pengikut dan rakan anda tertarik dengan perkongsian video anda, mereka akan selamanya terikat dengan anda dan ternanti-nanti video anda seterusnya.

Tapi awas! Jangan kongsi video yang tak bawa apa-apa nilai untuk mereka. Takut-takut mereka bosan dan ‘berpindah ikutan’ pula.

Cuba satu dan pasti anda tak kan rugi! Selamat maju jaya dan selamat mencuba.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Satu Klik Dan Boom!” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



5 Comments

  • Roslizawati Ramli

    Maaf Doc.
    Nak buat video tapi idea stuck.😭and nak buat trademark diri sdri bagi orang kenal idea Tak datang. Nak buat kelainan yang orang akan ingat Kita smpai bila. Any idea doc .pls help..once Saya dh dapat diri saya sebenar, InhshaAllah Saya yakin Saya boleh kedepan Dan berjaya kaya.i need help for idea.

    • Team RichWorks

      Mudah mudahan dipermudahkan. Boleh tinggalkan no telefon untuk Team Richworks berikan saranan yang sesuai

  • Salmiah

    Zaman sekarang mereka lagi gemar melihat dan mendengar dari pada membaca..Terima Kasih atas info yg bermanfaat ini..

  • Yanti nursanti

    Terimakasih RW
    Saya tidak akan berhenti dan menyerah belajar dengan RW, walaupun halangan itu sangat besar dan sulit… Saya akan tetap berusaha mencari elmu bersama RW

    Doakan saya, semoga halangan itu segera hilang

Leave a Reply