Ketika kita diuji dengan musibah, berdepan penyakit, kematian ahli keluarga, bisnes berdepan masalah merupakan waktu kritikal untuk melihat sejauh mana sangkaan kita terhadap ketentuan Allah SWT.
Kami faham, bukan mudah untuk merasa yakin apabila berkali-kali diuji dalam kehidupan ini. Mungkin ada segelintir mula mempersoalkan di mana keadilan daripada Allah? Jangan bimbang, pasti akan ada ganjaran atau kemudahan disediakan jika tidak di dunia maka di akhirat kelak.
Setiap perkara atau ketentuan Allah itu adalah luar daripada kotak pemikiran kita. Kita perlu beriman dengan ketentuan takdir Allah SWT. Setiap daripada kita selain mempunyai takdir yang cenderung kepada perkara yang baik-baik juga diuji dengan qadar yang buruk.
Namun qadar yang buruk ini boleh dihalang dengan izin Allah SWT menerusi kekuatan doa. Bersangka baik dan percayalah bahawa Allah yang mentadbir dan mengurus setiap urusan hambanya. Percayalah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, apa yang kita hajati akan ditunaikan pada waktu yang betul.
Bagaimanapun, ia tak bermakna kita hanya menjadikan ia sebagai suatu ‘alasan’ untuk tidak melakukan apa-apa tindakan. Usaha perlu dilakukan bagi menanganinya dan kemudian bertawakal kepada-Nya. InsyaAllah, akan ada jalannya bagi mereka yang mencari dan berusaha.
Seperti pernah diingatkan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa Man Jadda Wajadda yang bermaksud “sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya”.
Allah Mengikuti Sangkaan HambaNya
Memetik hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Aku Allah, menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Jika dia menyangka baik kepada Aku, maka baginya kebaikan sangka baiknya kepada Aku dan jika dia menyangka dengan sangkaan buruk kepada-Ku, maka baginya sangkaan buruknya kepada-Ku.” (HR Ibnu Hibban)
Menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, Allah SWT berkuasa melaksanakan apa sahaja yang disangka oleh otak manusia. Bersangka baik kepada Allah SWT itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan. Apabila kita bersangka baik dalam fikiran kita, maka hasilnya juga adalah perkara yang seperti diharapkan.
Sesungguhnya sangka baik itu adalah satu pengharapan dan doa. Kita bersangka baik bahawa Allah akan sentiasa membantu kita. Kita bersangka baik bahawa Allah akan menyelesaikan masalah kita. Kita yakin bahawa Allah bersama-sama kita. Sesungguhnya Allah mendengar sangkaan kita dan Akan memakbulkan sangkaan kita.
Mungkin kita boleh lihat contoh daripada kebanyakan atlit terkemuka, mereka bukan saja membuat persediaan dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental. Mereka buat latihan mental dengan menguruskan otak supaya berfikir positif malah membayangkan pukulan atau sepakan dibuat seperti sangkaan dan apa yang diharapkan.
Betulkan niat
Dalam pada itu, perbaiki dan betulkan niat kita dulu dalam berbisnes. Jangan terlalu fokus hanya untuk mengejar keuntungan semata-mata. MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman sering menjelaskan bahawa bisnes yang dijalankan adalah untuk bantu selesaikan masalah orang lain.
Ingatlah, dalam apa jua keadaan sekalipun, Allah sebenarnya sentiasa dekat dengan kita. Allah ada menjaga kita setiap masa dan kembalilah kepada dia dalam susah mahupun senang.
Laksanakan apa yang diwajibkan dan meninggalkan larangan-Nya, moga kita semua mendapatkan perlindungan daripada musibah dan wabak penyakit, diberikan kerahmatan dan keberkatan Allah SWT. Amin.
19 Comments
Sya sblm ni bekerja,tp skrg sjak PKP 1.0 pndptn sya mula terjejas sehingga PKP 3.0
Sekarang sya buat part time jual nasi cmpur ,jd agent n dropship, tp untuk dptkn pulangn sgt sukar…
Smpnn Tu hmpir ke -ve cashflow sbb dh byk cover spnjg xkje n spnjg PKP.
Patutkah sya berhnti kerja kerana cmpny sya bkn Essential Sektor spnjg PKP 3.0…
Mcm mne sya nk naik kn income sya.
Kami cuba bantu. Boleh tinggalkan no telefon untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai
Assalamualaikum, Terima Kasih nasihat yg diberi semoga Doc & team richworks diRahmati Allah. Saya dgn sukacita nya berada didlm ketenangan setiap kali membaca nasihat & peringatan yg disampaikan.. Alhamdulillah syukur dgn Cara begini dpt membantu & memberi semangat bila jiwa manusia dlm keadaan keresahan & kurang ilmu. IA meningkat ilmu dan kesedaran dlm jiwa itu sendiri bila ada yg mengingati & menasihati.. Terima Kasih Allah kau berikan ilmu2 dari Hamba2 yg ikhlas utk membantu manusia diluar Sana. Richworks sebagai penyampaian risalah kpd manusia utk berubah mendekati Allah yg Ingin berubah.
Waalaikumsalam Tuan Sollehim, Alhamdulillah. moga dipermudahkan dan bermanfaat untuk semua : )
Terbaik
Alhamdulillah
Saya nak dibantu
Bantu berikan no telefon anda untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai
Alhamdulillah.. Tksh kp DWDAO dan Team Richwork yg begitu perhatin kp kami semua.. Saya mohon tuan bantu kami..kami x tahu nk berniaga apa sbb pernigaan hstay dCameron Highlands x dpt djlnkn dlm keadaan skrg Boleh ke bantu kami..
Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan Cik Puan. Boleh tinggalkan no telefon Cik Puan untuk Team Richworks bantu berikan saranan yang sesuai
Richworks adalah team yang terbaik diMalaysia
Terima kasih : )
Apa yg Cikta nak cakap uolls AWESOME!! tqvm hanya Allah ja dpt mmbalas segala ilmu yg diberi.. TQVM DWAO N TEAM RICHWORKS❤️
Alhamdulillah, terima kasih <3
Dugaaan
Mudah mudahan dipermudahkan
Dalam kesempitan ada kelapangan. Insyaallah.bertawwakkal kepada Allah.
Aamin Ya Rabb
Since saya mengikuti Datuk Wira AO…banyak berubah my life esp. comes to my anger and frustration. All those earlier…I was down and no courage…Spiritual guidance of Doc dan lain..lebih membantu saya mentally and kesabaran. I did not do much still in my business simply bcoz i know that kejadian unexpectedly not leaving me although I am trying…to regain back my self
The most difficult is still focus…
I am doing sales…less of ribu but i continue follow any free class Doc bagi…and saya bersyukur…banyak. Saya manusia yang sangat xde nak cakap banyak…jaga sangat keprbadihan…and ada.kawan but very few….Susah nak ubah saya xde circle…even when I was working earlier…