Sambut Kedatangan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Sambut Kedatangan Ramadan

Masuk hari keempat berpuasa hari ini, sudahkah kita telah menggunakan sebaik-baiknya masa yang ada dalam bulan mulia ini. Adakah kita bersedia menyambut kedatangan Ramadan kali ini?

Kita pun tidak pasti sama ada akan dipertemukan lagi dengan Ramadan di masa akan datang. Justeru itu, peluang yang ada pada waktu ini hendaklah kita gunakan dengan sebaiknya.

Ibadat-ibadat jangan ditinggalkan dalam masa kita mengusahakan bisnes dalam bulan penuh kerahmatan ini.

Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Riwayat Al-Bukhari (38)

Ramadan membawa seribu satu macam kebaikan yang dapat dimanfaatkan oleh mukmin sejati sama ada amalan yang wajib atau yang sunat.

Berikut kami kongsikan beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita semua, insyaAllah.

4 langkah untuk kita menyambut kedatangan Ramadan ini :

1 Perbaiki Niat

Firman Allah SWT:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”.

(Al-Bayyinah: 5)

Tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk menghadapi Ramadhan ini hanya kerana Allah SWT.

Jika jantung hati telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT maka amal perbuatannya selepas itu akan menjurus kepadanya juga.

Sama juga dalam bisnes, niat kita perlu dibetulkan agar ianya akan dipermudahkan Allah SWT. Bisnes bukan hanya untuk diri sendiri, malah dapat membantu lebih ramai orang lain.

2 Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Ramadan adalah bulan yang amat istimewa. Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia. Firman Allah SWT:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

(Al-Baqarah: 185)

3 Bersedekah & Memberi Makan

Dalam sebuah hadith riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏

Maksudnya: Adalah Nabi SAW seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi SAWpada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah SAW menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.

Riwayat Al-Bukhari (3554)

Nabi Muhammad SAW memperbanyakkan bersedekah pada bulan Ramadan menunjukkan bahawa bersedekah tempoh ini terdapat kelebihannya yang tersendiri.

Begitu juga dengan memberi makan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain. Ianya juga adalah dari jenis sedekah bahkan mempunyai ganjarannya yang tersendiri.

Baginda telah bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.

Riwayat Al-Tirmizi (807)

4 Qiyam

Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah menghidupkan malam hari di bulan Ramadan dengan beribadah kepada Allah SWT.

Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah ataupun bersendirian.

Terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang ganjaran bagi mereka yang menunaikan qiyam. Ianya sepertimana sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ

Maksudnya: Barang siapa yang solat qiyam bersama imam sehingga selesai, maka Allah telah memberikannya ganjaran qiyam sepanjang malam.

Riwayat Al-Tirmizi (806)

Sehubungan itu, marilah kita merebut peluang yang ada dengan memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk berpuasa dengan bukan hanya menahan lapar dan dahaga, solat, membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Moga segala perbuatan dan tindakan kita diberikan keberkatan, keimanan, keselamatan untuk benar-benar mampu menempuhi Ramadan dengan pelbagai aktiviti ibadah yang dijalankan.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

2 Comments

  1. Alhamdulillah..
    Moga kita semua dirahmati allah & diterima amalan amalan kebaikan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan