Salur Kebaikan Dan Manfaat, Bukan Kumpul Dosa

Perkakasan dan peralatan yang berasaskan peranti bercirikan kecekapan teknologi sudah menjadi lumrah masa kini.

Anak kecil pun dah pandai guna telefon pintar. Laju sahaja jari kecilnya menyentuh skrin telefon pintar.

Setiap kerja harian kita banyak bergantung kepada pelbagai perkakasan moden yang memberikan kemudahan dalam kehidupan.

Hal itu termasuk dalam bidang komunikasi dan perhubungan yang jelas menunjukkan perlatan peranti moden menjadi medium utama digunakan.

 Malahan, cara penyebaran maklumat dan berita juga menjadi satu sebaran meluas menerusi penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Tik Tok.

Media sosial hari ini seolah-olah menjadi medan serba guna untuk menyalurkan apa sahaja bahan untuk tatapan orang lain.

Namun, sejak kebelakangan ini didapati terdapat segelintir penggunaan media tersebut yang lebih ke arah menaburkan benih fitnah dan menyebarkan dengan sewenang-wenangnya sesuatu bahan laporan yang kurang dipastikan kesahihannya.

Demikian jugalah dengan sesuatu yang berbentuk hasutan, sindir-menyindir dan menyiarkan bahan ala provokasi melampau.

Situasi seperti ini sangat jauh daripada kebaikan dan amat terlarang dalam agama.

Alangkah baiknya, digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat seperti memajukan perniagaan dan memberi manfaat kepada orang lain.

Seharusnya platform media sosial diguna pakai sebagai antara saluran yang menjuruskan kepada kebaikan dan kemanfaatan.

Kita sepatutnya selalu beringat dengan satu pesanan Saidina Ali bin Abi Talib yang antara lain pernah berpesan: ‘Sesungguhnya dunia berganjak ke belakang, manakala akhirat pula berganjak ke hadapan. Bagi kedua-duanya ada pengikut, maka jadilah pengikut akhirat. Jangan menjadi pengikut dunia. Ini kerana dunia adalah hari untuk beramal tanpa hisab, namun akhirat adalah hari untuk hisab tanpa ada kesempatan untuk beramal lagi.’

Jadi, wajarlah semasa kita sedang asyik melayan media sosial, maka lakukan pertimbangan secara waras dan bijaksana. 

 Sedarlah, keutamaan agar diri kita tidak terjerumus ke arah kemungkaran yang dimurkai Allah.

Fikir secara matang untuk mempertimbangkan apakah bahan luahan kita di paparan media sosial itu memberikan manfaat untuk diri sendiri dan orang lain atau tidak.

Dengan kata lain, segala perbuatan harian, hendaknya kita memikirkan dosa dan pahala di sisi Allah.

Sebenarnya, bukan kita tidak memahami dan menyedari sesuatu itu buruk dan berdosa, namun akibat terlalu beremosi dan mengikut telunjuk nafsu, segala tegahan dan larangan diketepikan begitu sahaja.

Sehubungan itu, marilah sama-sama kita jadikan laman media sosial sebagai ladang mengumpul pahala bukannya dosa.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Salur Kebaikan Dan Manfaat, Bukan Kumpul Dosa” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

1 Comment

Leave a Reply