Rupa-rupanya Inilah Punca Selalu Lesu Di Pejabat!

Sebagai seorang manusia, kita memang tidak terlepas daripada rasa penat dan letih apabila dibebani dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab setiap hari.

Namun, kadangkala kepenatan itu juga boleh dirasai walaupun tidak melakukan apa-apa dan ini pasti akan menimbulkan tanda tanya.

Mengapakah ini terjadi? Mari kita semak punca-puncanya.

1. Tidak bersarapan di waktu pagi

Sebab itulah seorang ibu tidak sanggup membiarkan perut anaknya kosong dan sentiasa menyediakan sarapan di pagi hari.

Cuba jamah sedikit makanan biarpun anda tidak rasa lapar atau tidak punya mood untuk makan kerana tubuh badan anda memerlukannya.

Ini kerana tubuh badan anda memerlukan glukosa untuk otot dan otak berfungsi dengan baik selepas berehat di malam hari.

Selain glukosa, ada banyak lagi nutrien dan khasiat yang  tubuh badan terlepas sekiranya anda tidak ambil sarapan yang  seterusnya akan membuat tubuh anda lebih cepat terasa lesu.

2. Kurang tidur

Pasti ramai di antara kita yang sanggup bersengkang mata hingga ke tengah malam demi menonton drama kegemaran di televisyen.

Hal ini akan membuatkan waktu tidur anda menjadi singkat dan apabila anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu sekitar  tujuh hingga  sembilan jam setiap malam, maka anda akan cenderung untuk mengalami rasa letih dan kurang tenaga pada keesokan harinya.

Oleh itu,cuba elakkan untuk berjaga di tengah malam dan amalkan tabiat tidur lebih baik untuk meningkatkan tenaga badan dengan lebih baik. Tekanan stres pun akan berkurangan.

3.  Kekurangan vitamin

Kurang vitamin dalam badan juga boleh menjadi punca rasa lesu setiap hari, malah ada gejala yang lebih teruk lagi disebabkan tahap rendah vitamin D, vitamin B-12, zat besi, magnesium atau kalium yang semakin susut dalam tubuh.

Namun begitu, kebiasaannya hanya dengan melakukan ujian darah barulah seseorang itu dapat mengenal pasti kekurangan dalam tubuhnya.

Setelah dikenal pasti, doktor akan mengesyorkan suplemen atau ubat-ubatan tertentu bagi memberi meningkatkan kandungan nutrien dalam tubuh badan.

4. Duduk di posisi yang sama terlalu lama

Kerja di pejabat mungkin memerlukan anda memberi konsentrasi sepenuhnya di hadapan laptop hingga membuatkan pergerakan anda terbatas. Hal ini mungkin membuatkan anda menjadi ‘lemau’ dan merasa bosan.

Bagi mengelakkannya, cuba berjalan seketika di dalam kawasan pejabat atau melakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot. Barulah badan terasa lebih segar!

5. Kerja tanpa henti

Anda perlu ingat satu perkara, anda bukannya robot! Janganlah terlalu fokus bekerja hingga kesihatan badan terjejas.

Tidak kiralah di sektor mana anda bekerja, mendapatkan rehat yang secukupnya itu adalah suatu perkara yang penting agar otak dan tubuh badan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Menurut kajian Draugiem Group, pekerja yang efisien dan produktif adalah apabila mereka bekerja selama 52 minit dan kemudian berehat selama 17 minit.

Oleh itu, janganlah terlalu memaksa diri itu. Bila badan yang sakit, anda juga yang akan menanggung akibatnya nanti.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Rupa-rupanya Inilah Punca Selalu Lesu Di Pejabat!” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

2 Comments

Leave a Reply