Usahawan tidak lari dengan risiko tapi persoalan penting di sini bagaimana untuk menguruskannya. Terdapat risiko bisnes yang biasa diabaikan usahawan malah sebenarnya memberi kesan kepada usahawan itu sendiri.
Risiko bisnes yang biasa diabaikan usahawan di luar sana ialah soal masa yang akan diperjelaskan di sini. Bagi usahawan terutama mereka yang buat secara separuh masa (part time), masa menjadi risiko yang biasa diabaikan.
Sedangkan masa sangat berharga yang tidak dapat diulang semula. Semakin lama, semakin singkat masa yang usahawan ada di dunia ini yang jika tak digunakan merupakan kerugian besar buat diri.
Semua orang mempunyai masa yang sama, namun yang membezakan antara kita bagaimana memanfaatkan masa itu sebaik-baiknya hingga memberikan hasil yang berbeza dengan izin Allah SWT.
Usahawan terutamanya yang buat secara separuh masa ini masih mempunyai kerja dan sumber pendapatan tetap. Maka ia membuatkan ada yang tidak buat sepenuh hati dan hanya cuba-cuba atau ala kadar saja.
Maka hasilnya nanti pun yang akan diperolehi hanya ala kadar dan kemungkinan besar tak mencapai hasil yang baik serta tak mungkin dapat sama dengan gaji diterima ketika itu.
Risiko bisnes yang biasa diabaikan usahawan – bisnes tutup?
Lama-kelamaan dengan hasil tak seberapa, tiada big why yang akan membakar diri mereka membuatkan bisnes itu tak begitu dijalankan dan akhirnya bungkus lagi. Senang cerita boleh dikatakan umpama hangat-hangat tahi ayam.
Mungkin ada yang marah, namun inilah hakikat yang perlu diterima. Kenapa usahawan terutama yang buat secara sambilan dan sampingan tidak berhasil mendapatkan pendapatan yang dikehendakinya.
Malah kemungkinan besar, kitaran ini akan terus berlaku dengan mereka mencuba bisnes baru yang trending, tukar bisnes berkali-kali namun hasilnya tidak nampak juga.
Betapa banyak masa yang sudah terbuang dan dibazirkan ekoran tindakan bahkan kelalaian sendiri.
Mereka tak nampak lagi, pelaburan masa dibuat bagi bisnes-bisnes yang diusahakan selama ini jika dikumpulkan dan digunakan mungkin boleh mendapatkan hasil diimpikan dengan ilmu serta tindakan yang betul.
Berbanding kepada mereka yang membuatnya secara sepenuh masa, kebanyakannya buat bersungguh-sungguh kerana itulah sumber bagi mereka mendapatkan pendapatan dengan big why masing-masing.
Mereka ‘terpaksa’, walau apa cara untuk buat hingga mendapatkan hasil bagi dapat menyara diri dan keluarga malah mencapai big why.
MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman memberitahu seseorang usahawan kena mempunyai big why mereka iaitu keinginan seseorang itu yang mestinya ada sebab yang besar.
“Apakah big why dalam hati yang drive awak sebenarnya?”
Cuba berhenti sejenak dan betul-betul tanya kepada diri dan tulis apa big why anda. Tampalkannya di tempat senang anda lihat agar selalu mengingatkan diri untuk terus berusaha walaupun ketika dalam keadaan ‘down’.
Apa kata ketika masih pada awal tahun ini, buat bisnes anda dengan tindakan yang betul. Beri peluang kepada diri untuk mendapatkan bimbangan agar dapat membantu anda melakukan tindakan yang lebih berkesan dan terbukti seperti dapat dilihat kepada ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan seperti di RichWorks.
RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membimbing dan membantu lebih ramai bangsa usahawan untuk membina bisnes yang berjaya.
Ramai usahawan-usahawan yang sudah dan sedang mengikuti program RichWorks mendapat manfaat khususnya Program Mentoring Spire dan Titanium bukan saja hasilkan RM1 juta pertama malah puluhan hingga RM100 juta mereka.
Daripada hanya puluhan dan ratusan ribu ringgit, usahawan ini mampu capai RM1 juta pertama mereka dalam tempoh 6 ke 12 bulan sahaja.