RichWorks Memartabatkan Usahawan Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
RichWorks Memartabatkan Usahawan Wanita

RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) komited dalam memberikan value atau nilai kepada bangsa usahawan termasuk golongan wanita sejak 2008 lagi.

Lebih 1.1 juta orang telah dilatih dan dibimbing melalui pelbagai program dianjurkan RichWorks yang bukan saja dapat mengubah hidup mereka malah upgrade diri hingga dapat membina bisnes dengan berjaya.

Sehubungan itu, sempena Hari Wanita Sedunia, RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman tak ketinggalan untuk meraikannya dengan mengadakan program khas diadakan secara Live dalam semua platform media sosial Azizan Osman Official selama 10 jam bermula 12 tengah hari hingga 10 malam tadi.

Anda boleh lihat sendiri di sini, ucapan-ucapan usahawan-usahawan wanita bimbingan RichWorks sempena Hari Wanita Sedunia semalam. Klik di sini.

Malah sepertimana diketahui ramai, ekoran pandemik yang bermula awal tahun lalu, menyebabkan ramai isi rumah yang terkesan, sekitar 800,000 hilang pekerjaan, ada diarahkan bercuti, dipotong gaji/elaun, tiada kerja overtime, ada bisnes ditutup dan bisnes yang merudum, tak nampak lagi jalan untuk bangkit kembali.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan sempena majlis sambutan Hari Wanita 2021 memberitahu, wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi saja.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa isu yang dihadapi golongan wanita masa ini antaranya beban berganda atau double burden yang oleh ramai wanita yang berkerjaya di mana mereka perlu mengimbangi antara tuntutan kerja dengan pengurusan rumah tangga pada satu-satu masa.

Berdasarkan dapatan kajian, didapati wanita meluangkan masa lebih 63.6% berbanding lelaki dalam tugasan penjagaan yang tidak berbayar atau unpaid care work. Selain itu, kurangnya penglibatan semua pihak dalam menyediakan persekitaran yang menyokong dan menggalakkan pemerkasaan wanita.

Disamping itu, Muhyiddin juga mengumumkan bahawa Kerajaan akan menyediakan insentif yang dikenali sebagai MyKasih Kapital iaitu suntikan modal perniagaan contohnya dalam bidang e-dagang ataupun dropship dengan modal maksimum sebanyak RM1,000 kepada sekurang-kurangnya 2,000 orang penerima yang berkelayakan.

RichWorks membantu usahawan wanita

RichWorks juga tidak henti-henti membantu bangsa usahawan termasuk wanita agar bisnes dijalankan bukan hanya dapat bertahan malah berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Bila bisnes berkembang, secara tak langsung membuka peluang menjana pendapatan kepada orang lain terutama suri rumah dan pekerjaan baru.

Dalam program semalam, RichWorks membawakan beberapa topik menarik untuk dibincangkan usahawan-usahawan wanita yang dapat berikan manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.

Topik yang menjadi perbincangan oleh usahawan ini ialah Wanita di dapur masih relevan?; Suami, penghalang atau supporter?; Bukti Wanita mampu berniaga dan Wanita Inspirasi.

Banyak perkongsian, tips berdasarkan kisah benar usahawan-usahawan wanita ini dengan perjalanan mereka dalam membina bisnes yang berjaya. Ada usahawan ini yang berhenti kerja untuk buat bisnes, seorang ibu tunggal, suri rumah sepenuh masa, wanita berusia yang mula ikuti program dan dapatkan bimbingan dari RichWorks.

Perkongsian ini sedikit sebanyak diharap dapat memberikan inspirasi, idea dan langkah untuk bangsa usahawan wanita di luar sana gunakan dalam bisnes serta kehidupan seharian mereka.

Apatah lagi, penampilan khas MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada sesi di sebelah malam pada pukul 8.30 malam tadi sememangnya ditunggu-tunggu ramai bangsa usahawan.

Menurut beliau, di RichWorks mempunyai proven success dengan menyaksikan ramai usahawan berjaya tingkatkan bisnes mereka melalui latihan dan bimbingan diberikan selama ini.

“Jadi kita rasa boleh bawa you ke tahap seterusnya kalau bagi peluang untuk mengikuti sendiri program disediakan.

“Sebab itu, saya rasa sesi Nak Ubah Hidup yang merupakan signature program dulu dipanggil IMKK memang sudah melahirkan ramai orang berjaya bila follow dan ikut,” jelasnya.

Luangkan sedikit masa anda terutama pada hari pertama yang mana akan nampak apa formula dan cara bantu orang perbaiki kehidupan dan kewangan. Beliau berkata, program hujung bulan ini untuk mereka yang nak berubah dan dibimbing dalam tempoh mencabar waktu ini.

Kita tak boleh paksa sebab akhirnya ialah pilihan anda sendiri. Tak nak buat apa-apa, itu pilihan anda.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

2 Comments

    1. Hai assalamualaikum . Ada sebarang pertanyaan dengan Team Richworks untuk kami review perkembangan bisness anda?

      Nak? Klik ini https://wa.link/7bcecd untuk team kami bantu SEKARANG!

      Terima Kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan