RichWorks Mahu Terus Bantu Bangsa Usahawan Termasuk Mereka Yang Memerlukan

RichWorks Mahu Terus Bantu Bangsa Usahawan Termasuk Mereka Yang Memerlukan

RichWorks International Sdn Bhd nak bantu lebih ramai bangsa usahawan dalam berdepan cabaran dan situasi ketika ini dalam membina bisnes berjaya.

Alhamdulillah, pada program Bina Bisnes Berjaya pada 30 dan 31 Januari ditambah 1 Februari bagi sesi bonus yang dijalankan oleh Pengasas RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Meskipun dalam proses pemulihan selepas dijangkiti pandemik Covid-19, beliau tetap bersemangat bagi berkongsi dan mencurahkan ilmu yang ada bagi lebih 44,000 peserta yang berdaftar dalam program berkenaan.

Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks nak bantu lebih ramai bangsa usahawan yang berada dalam kesusahan, tak tahu macam mana berkembang lagi, tersekat pada tahap yang sama, bisnes tak nampak keuntungan dan macam-macam lagi.

RichWorks Mahu Terus Bantu Bangsa Usahawan Termasuk Mereka Yang Memerlukan
RichWorks Mahu Terus Bantu Bangsa Usahawan Termasuk Mereka Yang Memerlukan

Bukan itu saja, beliau yang merupakan COVID survivor telah menyumbangkan 30 unit mesin pernafasan Airvo bernilai RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) semalam.

Mesin pernafasan itu akan diedarkan ke hospital kerajaan terpilih antaranya Hospital Sungai Buloh iaitu lokasi beliau menjalani rawatan COVID-19.

Bahkan RichWorks juga pada 22 Januari lalu, menyumbangkan 20 buah komputer riba untuk bantu Penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa untuk memudahkan anak-anak menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

RichWorks Mahu Terus Bantu Bangsa Usahawan Termasuk Mereka Yang Memerlukan

Ketika ini, anak-anak yang belajar di rumah memerlukan komputer, komputer riba atau tablet bagi dpat mengikuti PdPR berkenaan. Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak pastinya pening kepala apatah lagi anak-anak istimewa yang berada di rumah anak yatim, kebajikan dan sebagainya.

Sepertimana sering dikatakan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk kita menjadi orang yang beri manfaat kepada lebih ramai orang.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis ini, mereka dimuliakan ALLAH SWT ialah manusia sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Apatah lagi sebelum ini dilaporkan lebih 800,000 orang kehilangan pekerjaan, ada yang pendapatan bulanan terjejas, banyak sektor ekonomi terjejas terutama dalam pelancongan hingga ada bisnes ditutup.

Justeru itu, dipercayai akan lebih ramai orang akan mencuba untuk berniaga yang menjadi salah satu cara untuk orang ramai termasuk suri rumah, graduan, mereka hilang pekerjaan malah pekerja yang mahu mencari duit tambahan ekoran kos sara hidup atau masalah kewangan dihadapi mereka.

Malah sebahagian daripada masyarakat ada yang dapat mengeluarkan wang caruman dalam KWSP, i-Sinar yang bertujuan bagi meringankan bebanan yang dihadapi mereka pada waktu ini.

Rasanya, pasti ada yang berhasrat menggunakan kemudahan i-Sinar untuk mulakan perniagaan namun jika tersilap langkah bisnes yang dimulakan tidak akan membawa hasil seperti diharapkan.

RichWorks komited bagi membantu bangsa usahawan tidak kira peniaga kecil di tepi jalan, online, ataupun sudah establish untuk bukan saja bertahan malah berkembang lagi.

Beri peluang kepada diri anda, laburkan sedikit masa dan tenaga anda untuk mendapatkan ilmu-ilmu dan strategi bisnes serta bimbingan MenThor yang dapat elakkan anda melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Bagi yang sudah dapatkan ilmu, lakukan tindakan segera. Tunggu apa lagi, tidak berguna ilmu yang anda dapat jika tiadanya tindakan.

Ilmu yang ada pun perlu ditambah dan diingatkan dari semasa ke semasa untuk pastikan anda lebih faham dan dapat menyemak di mana kelemahan dan tempat yang perlu ditambah baik lagi.

Mari jadi bangsa usahawan yang berilmu dan seterusnya bertindak dengan ilmu berkenaan.

Artikel terbaru

Leave a Reply