RichWorks 13 Tahun, Perjuangan Tak Akan Berhenti

RichWorks 13 Tahun, Perjuangan Tak Akan Berhenti

RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) tidak akan berhenti dengan perjuangan memberikan sokongan dan bantuan kepada bangsa usahawan terutama di negara ini.

Pengasasnya dan Mentor Usahawan & Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, pihaknya sudah terlibat dalam melatih dan membimbing ramai orang iaitu lebih 1.1 juta orang hingga berjaya melihat perubahan hidup mereka.

“Benda yang paling berikan kita kekuatan adalah bila melihat orang yang hidup susah, dengan izin Allah melalui ilmu sedikit sebanyak kita berikan, membuatkan hidup mereka (usahawan) berubah.

“Malah bukan setakat hidup berubah, mereka bagi manfaat pula kepada orang lain, boleh bayar zakat, bayar cukai melibatkan bukan seorang tapi ramai sebegitu,” katanya ketika ditemubual oleh hos Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara bertajuk Total Lockdown: Bagaimana Survival Usahawan? baru-baru ini.

Tambah beliau, keadaan itu memberikan kekuatan kepada RichWorks International untuk terus memberikan khidmat umpama barisan hadapan kepada bangsa usahawan di negara bahkan luar negara.

Tidak bagi ikan, tetapi pancing

“Kita tak bagi duit seorang-seorang, tapi kita boleh bagi ilmu macam mana dia boleh bina bisnes dan kewangan lebih baik, insyaAllah,

“Jadi ia satu perjuangan saya percaya ia bukan hanya tentang bisnes, tentang bagaimana kita boleh menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu dan bangsa Malaysia,” jelasnya,

Beliau memberitahu, ramai anak didik yang di bawahnya bukan saja orang Melayu malah Cina dan India dan beliau seronok sedikit sebanyak dapat beri manfaat kepada hidup mereka.

Dalam pada itu, RichWorks sudah membuktikan bahawa meskipun pandemik, usahawan yang dibimbing secara dekat, lebih 700 orang berjaya saksikan kejayaan luar biasa pada tahun lalu.

“Daripada jualan RM900 juta setahun pada 2019 meningkat kepada RM2.2 bilion pada tahun lalu.

“Sebab itu saya minta RichWorks untuk buat sehabis baik ketika ini untuk bantu seberapa ramai orang agar mereka dapat tahu hala tuju, bagaimana untuk ‘survive’ ketika tempoh ini,” ujarnya.

Kata Azizan, ingat bahawa dalam kesusahan itu akan ada kesenangan dan apabila satu jalan Allah tutup pasti ada jalan lain yang dibuka. Meskipun total lockdown dilanjutkan, cari jalan untuk pastikan bisnes anda bukan saja bertahan malah boleh berkembang.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply