Ramadan Bulan Usahawan Ber…

Ramadan Bulan Usahawan Ber…

ALHAMDULILLAH, saya rasa sangat bersyukur dipertemukan dengan Ramadan, bulan agung yang penuh dengan keberkatan.

Hari pertama kita di Malaysia berpuasa, moga kita semua dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

Ingatlah, kematian boleh berlaku bila-bila dan di mana sahaja. Kita tak tahu adakah masih diberi peluang untuk dipertemukan dengan Ramadan akan datang.

Dari sudut bisnes pula, daripada pemerhatian saya selama ini, sebaik Ramadan tiba, sesetengah usahawan ‘bukan di sini’ tapi jauh di luar sana. Sepanjang Ramadan mereka hilang, masuk gua.

Kenapa ini terjadi, betul bulan mulia ini kita perlulah meningkatkan lagi amalan ibadah, namun bisnes yang anda usahakan juga satu ibadah bila dilakukan dengan niat yang betul.

Bila bisnes berkembang, maka lebih banyak orang boleh anda beri manfaat dan bantu. Setuju?

Saya juga nak ingatkan bangsa usahawan tentang tiga masalah yang sentiasa ada pada sesetengah mereka.

1. Terlalu mudah selesa

Kebanyakan orang bila masa bisnes kencang macam hujan lebat dia pun mulalah leka dan relaks. Tapi bila berdepan cabaran situasi sukar, terlalu fokus kepada perkara negatif.

2. Tak ada ‘reset mindset’

Ramai usahawan terperangkap dengan kejayaan silam. Umpama bila kita lihat seorang atlet yang berjaya, menjadi juara dunia atau menang sesuatu kejohanan, namun selepas itu prestasi merudum dan terus hilang.

3. Selesa dengan cara sama

Tak mahu lakukan perubahan dan adaptasi yang diperlukan. Masa sentiasa bergerak dengan teknologi yang pantas berkembang.

Situasi berbeza, kadang-kadang perlukan kita untuk ubah strategi yang lebih baik dan berkesan.

Kita tidak boleh ubah semalam, tapi kita boleh ubah pada hari ini!

Waktu bila bisnes anda mula jatuh?

Cuba berhenti sejenak dan jawab soalan ini dengan serius! terlalu fokus kepada perkara negatif.

Pasti ada seribu satu jawapan daripada anda, seperti dah berhenti buat pemasaran, tak menjual dan banyak lagi.

Namun sebenarnya apakah perkara pokok yang menyebabkan bisnes anda merosot?

Saya pernah bertanyakan soalan mustahak ini dan jawapannya; “Pada waktu anda sudah tak bagi nilai atau manfaat kepada orang lain.”

Itulah harinya anda tak ada nilai, umpama sudah mati.

Oleh itu, sebagai bangsa usahawan anda perlu sentiasa dan konsisten memberikan nilai kepada orang ramai khususnya pelanggan, prospek malah pasukan sendiri.

Sebelum mengakhiri perkongsian ini, saya doakan moga anda semua dan bangsa usahawan di luar sana agar terus komited dalam menjalankan urusan perniagaan serta meningkatkan amalan dan ibadah di bulan Ramadan ini.

Bukan bisnes saja perlu ada perancangan dan target, ibadah pun perlukan kita merancang dan komited untuk mencapainya.

Ada beberapa perkara yang saya fokus, salah satunya untuk khatam al-Quran. Pada bulan mulia ini, al-Quran diturunkan yang menjadi petunjuk bagi manusia.

Mari kita cuba sekurang-kurang khatam sekali pada bulan mulia ini. Moga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply