Rahsia Kejayaan Oprah Winfrey

Menurut hos terkenal dan usahawan empayar media dan bisnes, Oprah Winfrey, rahsia kejayaannya ialah ‘power of service’.

Contohnya, beliau hanya mengacarakan program tv yang selari dengan kebenaran. Seperti dikatakan penulis terkenal, Gary Zukav, beliau percaya bahawa perlu sedar apa yang anda pandai lakukan dan apa boleh lakukan dan inilah servis yang anda perlu lakukan.

Soalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri, bagaimana kita dapat membantu? Apakah kemahiran yang ada boleh kita tawarkan? Apa yang perlu kita lakukan?

Kesimpulannya, perkara ini menunjukkan bahawa untuk lakukan apa yang kita cinta.

Berikut 3 langkah bagi capai kejayaan mengikut Oprah Winfrey :

1. Percaya dengan ‘why’ anda

Dalam segala perkara yang anda lakukan, percaya dengan ‘why’ anda. Percaya bahawa apa yang dilakukan sesuatu yang bermakna.

Tanya diri, kenapa anda lakukan perkara itu?

2. Lihat kepada keunikan anda

Kenal pasti keunikan atau bakat anda dan komited dalam servis bagi mencapai impian.

Gunakan keunikan yang ada untuk mencapainya.

3. Utamakan pengurusan diri

Jika anda tak jaga dan meletakkan diri di akhir sekali, bila kepenatan anda tidak akan ada apa-apa lagi.

Sebab itu, jaga diri agar dapat terus kekal komited untuk mencapai sasaran anda.

Melalui 3 langkah ini anda juga akan mendapatkan ‘kepuasan’ yang dilihat sebagai kejayaan buat Oprah Winfrey.

Artikel terbaru

Leave a Reply