Rahsia 3 Jalur Adidas

Rahsia 3 Jalur Adidas

Siapa suka jenama Adidas? Walau anda bukan peminat Adidas tetapi saya percaya anda tetap mengenali jenama itu,

Adidas ditubuhkan pada tahun 1920 sebagai pembuat kasut, pakaian dan aksesori sukan.

Ia bermula dengan Adi (Adolf) Dassler yang sekadar membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan.

Kerana ketinggian kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya perniagaan kecil-kecilan tersebut mula mendapat sambutan hangat dan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Pada tahun 1924, Adi Dassler & saudaranya Rudolf Dassler menubuhkan “Dassler Brothers OGH” yang kini dikenali sebagai Adidas.

Pilihan Atlet

Komitmen Adi Dassler pada kualiti menjadikannya pembuat kasut berkualiti sehingga sering dipakai oleh atlet-atlet terkenal pada masa itu untuk sukan Olimpik.

Kemuncak kegemilangan kasut adik-beradik Dassler adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya dalam Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan memakai kasut buatan Dassler.

3 Jalur Adidas

3 jalur pada kasut ini adalah mewakili 3 orang anak Adi yang menjadi inspirasi.

Adidas juga menggunakan Impossible Is Nothing sebagai slogan mereka. Slogan yang diambil daripada salah satu ‘quote’ Muhammad Ali.

Slogan ini menepati semangat Adidas untuk mencabar diri mereka mengejar mimpi untuk menjadi salah satu kuasa besar dalam pengeluaran barangan sukan.

Pada 1971, mereka menukar logo kepada logo ikonik trefoil. Terdapat 100 logo yang disaring ketika itu. Akhirnya Adi Dassler memilih logo daun 3 helai dengan ada 3 jalur di bawahnya.

Ia juga adalah simbol kepada kegemilangan Adidas ketika itu. Kali ini mereka mensasarkan pasaran lebih luas di Amerika Syarikat, Afrika, Eropah dan Asia.

Jenama Untuk Semua

Artis terkemuka seperti Bob Marley, The Doors, The Sex Pistols, The Clash dan David Bowie antara mereka yang memakai Adidas.

Adidas bukan lagi jenama untuk atlet sukan semata-mata. Ianya mulai menjadi jenama untuk semua.

Pada Sukan Olimpik Munich 1972, Adidas berjaya meletakkan jenama mereka sebagai penaja utama dalam sukan terbesar di dunia itu.

Selepas itu, mereka menjadi pengeluar utama barangan sukan untuk pelbagai jenis sukan. Tetapi Adidas tetap meletakkan bola sepak sebagai ‘core product’ mereka.

Nak jenama anda dikenali seperti mana Adidas? Tak mustahil!

Artikel terbaru

2 Comments

  • 1. Sesuatu kejayaan membuka pintu banyak peluang2 lain. Kena cepat untuk merebut peluang.
    2. Brand name atau logo yang simple senang di ingat. Tapi tak ada betul atau salah atas sesuatu brand name atau logo, kerana Kalau produk dan servis bagus, ia akan berjaya
    3. Biasanya sesuatu brand mengambil masa untuk establish sekiranya ianya hentam bertahan, tidak ada shortcut.
    4. Marketing is key.

    • Team RichWorks

      Amazing! Terima kasih atas perkongsian Learning Points anda. Jangan lupa kongsikan pada lebih ramai orang. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply