PUNB – Apa Usahawan Boleh Perolehi?

PUNB - Apa Usahawan Boleh Perolehi?

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan kemudahan bagi usahawan bagi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan untuk bantu operasi dan pengurusan perniagaan.

Jika anda dalam bidang perniagaan yang berinovasi tinggi dengan integrasi nilai hiliran dan huluan yang tinggi, mesra pelanggan, beradaptasi teknologi dan scalable, PUNB dapat membantu dan menyokong anda untuk berkembang lagi.

Pakej pembiayaan PUNB dengan jumlah minimum RM100,000 hingga maksimum RM10 juta bagi tempoh sehingga 7 tahun dengan kadar 5-8% setahun. Bagaimanapun terdapat syarat-syarat yang perlu ada sebelum usahawan bumiputera itu dapat memohon bagi pembiayaan.

4 syarat kelayakan bagi mendapatkan pakej pembiayaan PUNB :

Buat pengetahuan anda, PUNB tidak lagi menawarkan pembiayaan mengikut sektor sebelum ini mempunyai lapan jenis skim pinjaman. Lapan skim pembiayaan iaitu pinjaman Prosper Teras; Prosper Runcit; Prosper Runcit Trak Bergerak; Prosper Pemborong; Prosper Usahawan Muda; pinjaman usahawan muda budding; pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pinjaman hartanah premis perniagaan.

Bagi usahawan Bumiputera yang sudah bersedia, mempunyai asas yang kukuh pastinya dapat menggunakan kemudahan disediakan PUNB dalam menyokong mereka. Seterusnya dapat memantapkan perniagaan mereka, kekalkan keuntungan perniagaan dan membentuk perniagaan ke arah kecemerlangan.

Jangan terlepas, gunakan kemudahan yang ada ini untuk membantu anda agar dapat terus berkembang dalam membina bisnes yang berjaya.

Sejarah PUNB

PUNB diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Ia ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB). PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh syariah sepenuhnya pada 2010. Sejak 2019, PUNB disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3 objektif PUNB :

  1. Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan bumiputera dalam sektor industri dan komersil.
  2. Menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
  3. Menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply