Prinsip Kejayaan Steve Jobs

Prinsip Kejayaan Steve Jobs

Bila sebut tentang Apple atau iPhone, kebanyakan orang pasti tahu pengasasnya, Steve Jobs. Beliau telah membawa inovasi kepada orang ramai dari segi komputer, muzik dan telefon bimbit.

Tapi apakah yang membuatkan beliau berjaya hingga membawa pelbagai revolusi dalam teknologi diperkenalkan yang memberikan banyak manfaat kepada orang ramai.

Berikut kami kongsikan nilai dan prinsip yang dibawa Jobs ketika beliau masih hidup yang boleh kita praktikan dalam bisnes masing-masing.

4 prinsip kejayaan Steve Jobs:

1. Buat apa yang anda sukai

“Orang dengan passion (ghairah) boleh menukar dunia menjadi lebih baik,” kata Steve Jobs.

Baginya, passion adalah segalanya. Lakukan apa yang anda buat sekarang bagi mendapatkan ilmu, pengalaman dan kemahiran sebelum dapat kenal pasti apa yang sebenarnya disukai.

Jika kita tak seronok dengan apa yang dilakukan, ianya hanya bawa kesusahan buat diri malah tugas berkenaan.

2. Jauhkan kreativiti daripada kritikan

Menurut beliau, kumpulkan 10 orang bojak dalam sebuah bilik dan 1 atau 2 adalah kreatif, 2 bagus dalam menyelesaikan masalah dan bakinya pengkritik. Jauhkan kreatif ini daripada kritikan.

Perkara ini merujuk apabila menugaskan team dengan projek baharu. Beliau percaya, perlunya pengasingan dilakukan antara mereka mereka yang kreatif, pengkritik dan lain-lain.

Perkara ini penting dalam proses kreativiti.

3. Jual impian, bukannya produk

Jobs sangat memahami pelanggan. Contohnya, beliau tahu iPad dibuat tidak akan menarik imaginasi pelanggan jika terlalu kompleks.

Hasilnya, hanya ada satu butang di depan skrin iPad. Mudahkan? Pelanggan anda tidak begitu kisah mengenai produk sebaliknya mereka kisah tentang diri, impian dan cita-cita.

Jobs mengajar kita bahawa jika anda membantu pelanggan-pelanggan mencapai impian mereka, anda akan menambat hati mereka.

4. Tidak takut untuk berfikir berbeza

Jobs bangga dengan dirinya dengan menjadi berbeza dan bangkit daripada status quo. Beliau sanggup untuk berfikir dan bertindak di luar dari kotak hingga menjadikannya pemimpin dan pencipta terkemuka dunia.

Prinsp utama inovasi ialah untuk menyediakan sesuatu baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Tanpa pemikiran yang berlainan, bagaimanakah kita dapat memacu jualan, mengembangkan bisnes atau memberi motivasi kepada team?

Selain itu, banyak sebenarnya yang kita boleh belajar daripada kisah perjalanan pemimpin dan usahawan berinovasi ini. Beliau mempunyai keyakinan dalam diri, percaya dengan visinya dan secara konsisten bersedia mempertahankan idea-ideanya.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply