Power Of Execution

Power Of Execution

Setiap orang mempunyai impian mereka, namun tidak semua tahu macam mana nak mencapainya. Kebanyakan orang mengalami roadblock, gagal dan putus asa dalam soal execution atau perlaksanaan menyebabkan impian hanya tinggal impian.

Tanpa perlaksanaan, sebanyak mana ilmu yang ada tidak berguna. Sebab itu, usahawan yang berjaya sentiasa bertindak dan melaksanakan langkah perlu diambil berbanding hanya fikir apa yang boleh dilakukan.

Adakah anda mempunyai impian dan matlamat tertentu? Berhenti berfikir tentang kemungkinan yang akan berlaku sebaliknya mulakan tindakan bagi semakin menghampiri matlamat itu.

Benar, jika anda bertindak ada kemungkinan untuk tidak berjaya. Itulah lumrah kehidupan namun kegagalan itu boleh membawa kepada perkembangan seterusnya memacu kepada kejayaan.

Tapi jika anda tak bertindak, maka anda tidak akan gagal. Bagaimanapun, anda tidak akan mencapai apa-apa yang bernilai.

3 kepentingan execution buat usahawan

1/ Nilai execution

Idea perniagaan yang baik tidak semestinya membawa hasil yang juga baik tanpa execution atau tindakan yang betul.

Sebaliknya, meskipun idea perniagaan itu hanya sederhana namun perlaksanaan dibuat dengan baik akan menjadikan hasilnya juga baik.

Sehubungan itu, semuanya berbalik kepada execution atau perlaksanaan kepada idea atau strategi.

2/ Tiada cabaran atau kegagalan

Mereka yang kurang bertindak atau tiada pelaksanaan akan buatkan mereka kurang menemui cabaran malah kegagalan sepanjang proses itu.

Cabaran dan kegagalan itu sebenarnya boleh menjadi bahan penting dalam kejayaan seseorang. Jika anda tidak menemui cabaran mahupun kegagalan bermakna anda tidak berkembang.

3/ Manfaat luar jangka

Execution dapat buatkan bisnes anda berkembang dan menyaksikan perubahan.

Tanpa perlaksanaan yang dilakukan, maka bisnes dijalakan akan menjadi sama saja seperti beberapa tahun lalu.

Jika anda mempunyai impian yang besar dalam bisnes, perluya untuk mengubah dan adapatasi dengan keadaan semasa. Caranya adalah dengan melakukan tindakan segera.

Artikel terbaru

Leave a Reply