Jangan terlepas untuk ikuti pesanan atau nasihat daripada pengasas-pengasas bisnes terkemuka ini. Tiada yang lebih bernilai dengan belajar daripada kesilapan dan kejayaan orang lain.
Ia merupakan ‘shortcut’ atau jalan pintas untuk seseorang itu dapat idea dan tindakan yang betul dalam membina bisnes yang berjaya.
Sehubungan itu, kami bawakan beberapa pesanan atau nasihat berguna daripada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang menjana jutaan malah bilion pada usia muda.
7 pesanan pengasas bisnes besar dunia:
1. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg
“Penting bagi usahawan muda untuk ada self-aware atau kesedaran tentang apa yang mereka tidak tahu.”
2. Pengasas Twitter & Square, Jack Dorsey
“Saya rasa perkara terbesar untuk dilakukan – susah untuk dilakukan adalah untuk mula.”
“Anda mempunyai semua idea dan orang lain juga ada idea tapi apa yang penting adalah melaksanakan idea itu, membina serta menarik orang lain untuk mengusahakannya.”
3. Pengasas Pinterest, Ben Silbermann
“Jangan ikut terlalu banyak nasihat. Kebanyakan orang yang mempunyai banyak nasihat untuk diberikan – lebih umum dengan apa saja dilakukan.”
“Jangan terlalu analisis semua benda. Saya pernah berdepan masalah terlalu fikir, buat saja dan lihat adakah ia berkesan.”
4. Pengasas Zappos, Tony Hsieh
“Jadi diri yang sebenar. Jika anda ikut prinsip ini, banyak keputusan akan jadi lebih mudah.”
5. Pengasas GroupOn, Andrew Mason
“Anda membina alatan, bukannya sebuah seni. Jangan dikaburi dengan visi.”
6. Pengasas Rovio Games -Angry Birds, Peter Vesterbacka
“Anda perlu mempunyai kepimpinan yang lebih dan mengurangkan pengurusan. Paling penting untuk menyiapkan sesuatu kerja.”
“Anda boleh hanya duduk, analisisi sampai ke tua dan jika ini dilakukan maka pesaing akan lebih ke depan.
7. Pengasas Mashable, Pete Cashmore
“Anda perlu ruang untuk cuba sesuatu dan mencipta.
1 Comment
Terima kasih kerana sentiasa follow up.Semoga DWAO dan team Richworks sentiasa maju jaya dan dapat membantu lebih ramai usahawan.Amin ya Allah 🤲