Pada hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita ambil kesempatan untuk saling ingat mengingati dan pesan kepada satu sama ke arah kebaikan, dan berjaya di dunia dan akhirat.
Dalam apa-apa perkara yang dilakukan, bisnes ataupun kerja, kita hendaklah memastikan keseimbangan dalam dunia dan akhirat kelak.
Semoga Allah SWT merahmati semua terutama yang mengikuti Program Richworks bagi menimba ilmu keusahawanan dan mendapatkan bimbingan.
“Apabila kamu melewati taman-taman syurga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya,”Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan taman-taman surga itu?” Nabi Muhammad SAW menjawab,”majlis-majlis ta’lim/ atau ilmu.” (HR. Al-Thabrani)
Program-program RichWorks juga merupakan majlis ilmu yang mana seseorang itu bukan saja boleh mendapatkan ilmu yang bermanfaat dalam bisnes mereka malah amal bagi bekalan di akhirat kelak. Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks tidak mengajar hanya soal keuntungan semata-mata, sebaliknya juga soal akhirat. Semoga anak didik dan usahawan ini akan mendapatkan kebaikan malah berjaya di dunia dan akhirat.
9 pesan untuk berjaya di dunia dan akhirat:
- Sabar.
Zaman sekarang, ramai orang mudah hilang sabar. Diuji sedikit mula melenting. Perniagaan menguntungkan mula lupa diri. Jangan. Sabar dalam berusaha dan sabarlah dalam menikmati hasil rezeki yang Allah berikan.
Berusaha dengan sabar. Setiap apa yang kita usahakan sebaiknya pasti kita dapat hasil setimpal dengan usaha dan pengorbanan.
Mungkin kita harapkan hasilnya kita perolehi sepantas kilat dan mungkin ia tak semudah dan secepat yang kita mahukan, namun nikmat sebenar akan Allah berikan pada masa dan tempat yang sesuai untuk kita terima.
- Solat.
Solat itu tiang agama. Jika tiang agama tak dijaga, tiang hidup pun akan tunggang langgang jadinya. Jaga solat InsyaAllah terjaga urusan rezeki.
Kadang-kadang, kita terlampau sibuk dengan urusan harian sehingga membelakangkan solat. Kadang-kadang, kita ambik ringan hal solat kerana kita fikir, esok masih ada, esok kita boleh mula solat. Esok tu memang dah terjamin ada ke?
- Selawat.
Berselawatlah memuji Rasulullah SAW. Besar fadhilatnya. Bila kita selalu mengingati kekasihNya, Dia juga akan mengingati kita.
Bila hati tak tenang, berzikirlah dan berselawatlah.
Bila jalan di hadapan terasa kelam, berzikir dan berselawatlah. InsyaAllah ada bantuan dariNya.
- Silaturrahim.
Dalam kita mengejar impian, mungkin ramai yang berselisih pendapat dengan kita. Mungkin ada yang tak faham dan tak menyokong apa yang kita lakukan.
Binalah silaturrahim sebaiknya dengan orang-orang positif dengan logistik terbaik di sekeliling kita.
Jangan pula putuskan silaturrahim dengan mereka yang tak sehaluan. Mungkin mereka belum lagi faham apa impian kita.
Perlahan-lahan bantu mereka dengan tunjukkan kejayaan dan kerendahan hati kita.
- Sedekah.
Sedekah tidak akan mengurangkan harta atau memiskinkan pemberinya.
Sedekah jariah bakal memakmurkan kehidupan pemberi dan dibalas dengan pemberian yang tak disangka oleh Allah SWT.
Untuk kita berjaya di dunia dan akhirat , jangan dibesarkan gaya hidup kita, tapi besarkanlah sedekah jariah. Pasti lebih berjaya.
- Syukur.
Bersyukurlah sentiasa dan berusahalah untuk memperbaiki apa yang kita miliki. Tiada istilah kegagalan bagi setiap insan yang bersyukur.
Setiap cabaran akan dilihat sebagai peluang untuk jadi lebih baik. Syukur di saat susah, syukur di saat senang. Semoga nikmat Allah bagi akan ditambah lagi dan lebih berpanjangan.
- Serah.
Usaha kita, peluh kita, namun hasilnya serah sahaja kepada Allah untuk memberikan yang terbaik untuk kita.
Mana mungkin Allah tidak akan membalas dengan beribu kebaikan bagi orang yang sentiasa berusaha dan berserah kepadanya? Itu kan dah janji Dia, senyum anda mungkin menceriakan hidup orang lain yang mungkin tengah senak dan susah.
- Senyuman.
Jadikan senyuman anda, perkara terbaik yang dialami oleh semua orang yang bertemu anda hari ini.
Senyum, memecahkan semua fikiran buruk yang ada dalam fikiran. Cuba ambil cermin dan hadiahkan diri sendiri senyuman? Best kan!
- Semangat.
Bersemangatlah menjalani kehidupan setiap hari. Bersemangatlah dalam beribadat dan dalam menunaikan tuntutan harian.
Kesilapan ramai orang, hidup sehari-hari bagaikan rutin. Tapi tak dilakukan dengan penuh bermakna.
Kita bernafas dan hidup sehari-hari bukan untuk menjadi biasa-biasa. Allah SWT berikan kita nafas untuk jadi hambaNya yang terbaik.
Bersemangatlah menjalani kehidupan sehari-hari. Nikmati setiap saat sebelum Allah tarik semuanya. Jangan menyesal di kemudian hari nanti.
Moga kita semua akan mendapatkan kejayaan dengan berjaya di dunia dan akhirat kelak. Amin.