Pernah Dapat Gift Cards? 6 Strategi Efektif Buat Anda

Anda pernah guna kad ‘Touch n Go’? Tahu kan, bila anda nak guna kad ‘Touch n Go’ ni, anda kena topup dulu duit ke dalamnya, baru boleh guna di mana-mana sahaja stesen komuter atau bas Rapid Kl. Sebenarnya, anda juga boleh hadiahkan Kad Touch & Go kepada orang ramai. Atau kalau nak lebih baik, adakan gift card anda sendiri supaya orang boleh beli dan jadikannya hadiah.

Ada banyak lagi contoh-contoh gift cards yang ada kat negara kita ni seperti kad rapid, kad mesra Petronas, kad Starbucks , Kad Ikea dan sebagainya. Motifnya ialah untuk mereka beli gift card, dan orang yang menerima gift card boleh datang membeli dari anda.

Bila mereka dah datang dengan tujuan nak menggunakan gift card, mereka pasti akan belek-belek barang-barang di kedai anda juga. Silap-silap boleh jadi ‘regular customer.’ Gift Card sebenarnya memainkan peranan untuk jemput penerima gift card datang ke premis perniagaan anda.

6 strategi efektif menggunakan gift cards:

1. Adakan pertandingan

Untuk memasarkan gift cards, anda boleh adakan pertandingan untuk setiap nilai gift cards yang anda promosikan. Contohnya dengan nilai RM20, RM50 atau RM100. Ini adalah cara terbaik untuk anda perkenalkan gift cards anda.

Atau, anda juga boleh adakan pertandingan dengan menjual gift cards mengikut nilaian tersendiri untuk memenangi hadiah berdasarkan nilai gift cards tersebut.

Anda boleh minta data mereka seperti nama, nombor telefon dan alamat emel, supaya mereka boleh dihubungi sekiranya mereka memenangi pertandingan tersebut. Data ini anda boleh kumpul dan disimpan dalam database anda untuk digunakan pada promosi akan datang.

2. Libatkan pekerja dalam aktiviti promosi

Untuk dapatkan hasil yang lebih besar dan efektif, anda boleh minta staff untuk join bersama dalam aktiviti mempromosi gift cards ini. Anda boleh cuba mewujudkan persaingan mesra di kalangan kakitangan anda dengan menawarkan hadiah atau ganjaran kepada orang yang menjual gift cards paling tinggi.

Pekerja yang boleh buat jualan paling tinggi akan memperolehi hadiah istimewa dari anda. Anda boleh beri mereka sepenuh kepercayaan untuk menggunakan idea dan kreativiti masing-masing, asalkan ia ‘fair and square’.

3. Berikan value pada gift cards

Apa yang akan memujuk pelanggan untuk membeli gift cards dari anda? Ada sesetengah peniaga memberi potongan harga kepada pelanggan sekiranya mereka membeli dengan menggunakan gift cards.

Ada juga peniaga yang menggunakan kaedah seperti, dengan setiap pembelian barang atau produk, pembeli akan mendapat points. Apabila points yang terkumpul dah banyak, mereka boleh tukar points tersebut dengan mendapatkan barangan secara percuma.

Points yang ditukar juga mestilah bergantung kepada harga barangan tersebut. Sekiranya points tersebut tak cukup, mereka boleh bayar harga yang lebih menggunakan duit sendiri.

4. Buat promosi harga diskaun

Sekiranya anda nak gift cards anda terjual dengan cepat, anda boleh buat promosi dengan memberikan 100 pelanggan yang terawal datang ke kedai anda, akan dapat harga promosi.

Cara ini anda boleh jalankan ketika pembukaan kedai. Anda boleh buat promosi ini dari masa ke semasa mengikut kalendar pemasaran anda. Siapa yang tak suka bila mereka dapat sesuatu yang berguna untuk mereka dengan harga yang murah dari biasa. Ini kerana, bukan senang bagi peniaga untuk lakukan promosi terhadap barangan yang mereka jual. Betul ke betul?

5. Gunakan media sosial dan website

Jangan lupa untuk menggunakan media sosial dan website dalam proses memasarkan gift cards anda. Ini kerana, anda patut gunakan teknik pemasaran yang seiring dengan perkembangan teknologi.

Sekiranya anda rasa cara offline tidak berkesan untuk bisnes, anda boleh tukar kepada cara online. Promosikan gift cards anda secara online dengan menggunakan Facebook, Blog, Instagram atau website.

Sediakan ruang di mana pelanggan boleh tempah secara direct dengan anda melalui online dan mereka juga boleh buat pembelian secara online jika anda berniaga barangan seperti pakaian, aksesori, gadjet dan sebagainya.

6. Buat design yang cantik

Siapa yang tak tertarik sekiranya design gift cards anda cantik dan ‘eye catching’ pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Apabila anda boleh mereka design yang cantik, ada nilai-nilai yang tersendiri, dan ada diskaun harga pula tu, para pelangan anda pasti tak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan gift cards ini dari anda.

Amacam? Anda dah boleh dapat idea sebab-sebab anda mesti mulakan promosi menggunakan gift cards ini sekarang. Jangan bertangguh kerana dengan adanya gift cards ini, pelanggan tak perlu keluarkan wang yang banyak untuk membeli dari anda. Mereka hanya perlu tambah nilai kad mereka untuk membeli.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Pernah Dapat Gift Cards? 6 Strategi Efektif Buat Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

Leave a Reply