PERMAI : Apa Perlu Bangsa Usahawan Tahu? 12 Inisiatif Yang Boleh Bantu Anda

PERMAI : Apa Perlu Bangsa Usahawan Tahu? 12 Inisiatif Yang Boleh Bantu Anda

Kerajaan telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu dan meringankan beban rakyat dan bisnes yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah banjir yang berlaku baru-baru ini.

PERMAI

Pakej bantuan ini bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif dengan tiga matlamat iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Langkah yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu merupakan tambahan kepada empat pakej rangsangan ekonomi yang sudah dilaksanakan sejak penularan COVID-19 pada awal tahun 2020.

Berikut kami kongsikan 12 daripada 22 inisiatif PERMAI yang penting dan dapat membantu bangsa usahawan dalam tempoh ini.

12 insiatif PERMAI berkaitan usahawan yang boleh membantu :

  1. Inisiatif : Menambah baik Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik dianggar akan memanfaatkan 250,000 majikan, tidak kira sektor asalkan beroperasi dalam PKP layak untuk memohon.

Bagi tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah 600 ringgit bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang RM4,000.

Selain itu, had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja.

  1. Inisiatif : Meneruskan Geran Khas Prihatin

Kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.

Perluasan inisiatif GKP Tambahan ini, atau GKP PERMAI, melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 650 juta ringgit.

Jika terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, juga akan ditawarkan GKP PERMAI serta merta.

  1. Inisiatif : Meneruskan Tempoh Moratorium dan Pengurangan Ansuran Pinjaman

Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan.

Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

Bagi peminjam yang berdepan kesukaran berurusan dengan bank mereka, Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau AKPK, bersedia untuk membantu dan memberi khidmat nasihat melalui telefon atau secara dalam talian.

  1. Inisiatif : Menambah baik Program i-Sinar KWSP

Terutama bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir, Kerajaan dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga 1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

  1. Inisiatif : Melanjutkan Tempoh Pelepasan Cukai Khas Ke Atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet

Usahawan yang melibatkan dalam industri peralatan elektrik dan gajet boleh ambil peluang pelepasan cukai ini.

Pelepasan cukai khas sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang berakhir 31 Disember 2020 akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

  1. Inisiatif : Melanjutkan Tempoh Pengecualian Cukai Jualan ke atas Kenderaan Penumpang

Pelanjutan pengecualian ini sehingga 30 Jun 2021 diharap memacu momentum perkembangan sektor automotif.

Usahawan dalam industri automotif bolehlah terus menawarkan harga menarik kepada pelanggan.

  1. Inisiatif : Mempercepatkan Pelaksanaan Skim Mikrokredit

Bagi membantu aliran tunai perusahaan mikro dan PKS, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit, sepertimana yang pernah diumumkan sebelum ini.

Sejumlah RM1 bilion kemudahan mikrokredit disediakan yang merangkumi pinjaman mudah berjumlah 390 juta ringgit oleh Bank Simpanan Nasional, 350 juta ringgit oleh Agrobank dan 295 juta ringgit oleh TEKUN.

  1. Inisiatif : Menyokong dan Merancakkan Perniagaan Dalam Talian

Bagi terus menyokong golongan usahawan dan perniagaan untuk menjana pendapatan melalui jualan online atau platform e-dagang, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan 300 juta ringgit.

Usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual-beli secara dalam talian.

  1. Inisiatif : Menambah Baik Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin

Kerajaan akan meningkatkan pembiayaan maksimum dari 500 juta kepada 1 bilion ringgit. Memperluaskan skop pembiayaan kepada perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun.

Selain itu, membenarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang-kurangnya 75 peratus.

  1. Inisiatif : Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA

Bagi peminjam MARA, MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0, di mana peminjam boleh memohon untuk membuat penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021.

Sebagai tambahan, usahawan MARA yang terkesan akibat COVID-19, PKP dan bencana banjir boleh membuat Program Penjadualan Semula Pembiayaan Perniagaan MARA.

Selain itu, bagi penyewaan premis perniagaan, MARA telah bersetuju untuk memberi diskaun 30 peratus bagi tempoh enam bulan mulai November 2020 hingga April 2021.

Bagi mengurangkan bebanan PKS, Kerajaan telah memberi potongan cukai khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurang-kurangnya 30 peratus mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa, potongan khas ini akan diperluaskan untuk meliputi pengurangan sewaan yang diberi kepada syarikat bukan PKS.

Tempoh potongan khas ini juga akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Selain itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan mengecualikan levi majikan bagi syarikat yang tidak dapat beroperasi semasa tempoh PKP dan PKPB.

  1. Inisiatif : Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik

Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara. Ini meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

Rebat elektrik juga diberikan kepada semua pengguna TNB, domestik dan bukan domestik, pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

  1. Inisiatif : Memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi

Syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.

Di bawah skim ini, 50 peratus jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.

Dengan itu, pengusaha bas dan teksi dapat menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah. Jaminan sebanyak 1 bilion ringgit akan disediakan untuk tujuan ini.

  1. Inisiatif : Menambah baik Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual kepada 31 Mac 2021.

Ini meliputi perjanjian sewa beli atau kontrak pajakan dan kontrak jualan kredit untuk memanfaatkan golongan yang terjejas seperti golongan B40, M40 dan perusahaan mikro kerana gagal memenuhi obligasi kontrak mereka.

Untuk memudahkan rakyat mendapat akses kepada maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan yang telah tersedia, saudara-saudari bolehlah melayari Portal Manfaat Belanjawan 2021.

Bangsa usahawan boleh menggunakan sebaiknya inisiatif-inisiatif yang diumumkan ini bagi membantu bisnes mereka.

Lihat di mana yang perlu, untuk pastikan bisnes bukan saja dapat bertahan malah berkembang walaupun dalam keadaan ketika ini.

Pada tahun lalu, bangsa usahawan bersama RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berjaya harungi badai hingga saksikan ramai usahawan mencipta rekod serta kejayaan baru.

Bagaimana pula tahun 2021 ini? Adakah bangsa usahawan nak terus menyaksikan peningkatan dalam membina bisnes yang berjaya?

Artikel terbaru

Leave a Reply