Perlunya Imunisasi Usahawan

Perlunya Imunisasi Usahawan

Seperti kita tahu, hari ini (24 Februari 2021) menjadi bersejarah apabila bermulanya Fasa Pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan agar dapat membentuk imuniti kelompok atau herd immunity di negara. Penduduk di Malaysia perlunya imunisasi kepada virus ini agar kita dapat mengawal dan mengurangkan jangkitan.

Buat pengetahuan anda, imuniti kelompok keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat disebabkan sebahagian besar daripada mereka mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan itu.

Kerajaan menyasarkan sebanyak 80% populasi negara atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Sebelum itu, adakah anda tahu apa itu imunisasi?

Imunisasi merupakan suatu proses untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan cara memasukkan vaksin yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus.

Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Justeru itu, vaksin membantu sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun kita cukup bersedia apabila tiba masa kuman sebenar menyerang badan.

Keberkesanan Vaksin

Kredit MyHealthKKM

Vaksin yang diberikan Kerajaan mempunyai tahap keberkesanan tinggi dan sama dengan negara-negara lain. Kajian menunjukkan vaksin itu memerlukan 1 hingga 2 minggu untuk memberi tindak balas imun.

Ia tidak perlu diambil secara berkala sebab berkesan untuk mencegah jangkitan. Walau bagaimanapun, kajian klinikal masih dijalankan untuk pastikan keberkesanan dan tempoh pengambilan vaksin.

Bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Fasa pertama dari Februari hingga April untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu.

Fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

Sehubungan itu, usahawan usahlah terlepas dalam mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin yang dilakukan secara sukarela. Mereka perlu mendaftar sebagai tanda setuju mendapatkan vaksin tersebut. Jangan mudah terpengaruh dengan cakap orang lain bagi buatkan anda tidak mahu mengambil vaksin ii

Perlunya Imunisasi usahawan

Dari segi bisnes dalam berdepan cabaran atau masalah tertentu, usahawan perlu ada ilmu berkaitan yang boleh diumpamakan betapa perlunya imunisasi atau mengambil vaksin kerana ia akan dapat bantu anda menanganinya.

Umpama vaksin yang berfungsi bagi melatih antibodi badan untuk mengenal pasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun kita cukup bersedia, begitu juga dengan ilmu yang betul dapat menyediakan diri dan bisnes usahawan itu berdepan situasi berkenaan.

Sebab itu, kami nak bangsa usahawan sertai program Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas – Your 1st Million Summit pada hujung minggu ini yang mana perkongsian 48 jutawan yang berjaya capai RM1 juta pertama mereka ketika pandemik pada 2020 hingga hari ini.

Mereka ini datang daripada pelbagai latar belakang dan situasi yang mungkin sama dengan anda – pernah menanggung hutang yang banyak, kehilangan pekerjaan, buat bisnes bertahun namun tak nampak hasil, bermula bisnes tepi jalan, dropship, ejen dan banyak lagi.

Daftar sekarang di www.BinaBisnesBerjaya.com dan anda berpeluang untuk sertai Peraduan ASPIRASI Bina Bisnes Berjaya Capai 1 JUTA PERTAMA.

10 Pemenang bakal mendapatkan bimbingan RichWorks bernilai RM250,000 selama 12 bulan secara percuma mengikut terma & syarat ditetapkan.

Artikel terbaru

Leave a Reply