Kenapa Bisnes Dah Legend Tapi Nak Belajar Lagi? Siti Khawa Buktikan Bisnes Perlu Ada Ilmu Konsisten

Mungkin orang berpendapat mewarisi bisnes keluarga adalah sesuatu yang mudah dan ‘untung’ sebab semua dah sedia ada. Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan Tuan Mohd Hafizan Yusoff, dari syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd yang merupakan pemilik Rempah Mak Siti.

Pasangan usahawan Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan Tuan Mohd Hafizan Yusoff  bukannya bermula senang terus. Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. 

Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang. Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.

Rempah Mak Siti – Satu jenama yang sudah sebati di kalangan suri rumah dan tukang masak dan sentiasa berada di kebanyakan rumah dan isi dapur rakyat Malaysia. Puan Siti Khawa Jannah adalah anak kepada pengasas Rempah Mak Siti. Beliau meneruskan legasi perniagaan ini dibantu oleh suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff. 

Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Dah ada depan mata, jadi tak perlu susah-susah pun nak bina bisnes. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.

Puan Siti dulu selalu tertekan kerana terpaksa memikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman langsung dalam perniagaan. Selepas beliau habis belajar dan ‘terjun’ dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya dalam keadaan tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya akan kemampuannya.

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa? Dan disebabkan itulah beliau mula mengorak langkah bagi memastikan produknya itu terkenal di Malaysia setanding dengan jenama yang lain. 

Beliau bersama suami segera mencari jalan untuk menambah ilmu perniagaan. Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah tidak meningkat, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia, beliau segera pergi ke program RichWorks yang mana di sini beliau belajar banyak perkara yang boleh membantu bisnesnya untuk berkembang maju.

Alhamdulillah dengan ilmu serta komitmen menghadiri program anjuran RichWorks, azam yang kuat dan tindakan yang berterusan, Puan Siti Khawa Jannah dah berjaya bawa bisnesnya lebih jauh dan meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia dan juga memasuki pasaran Asia.

Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lebih-lebih lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.

Artikel terbaru

Leave a Reply