6 Perkara Perlu Dilakukan Untuk Berpenampilan Menarik

Berpenampilan Menarik

Tiada siapa yang mahu berurusniaga dengan orang yang selekeh. Walaupun kita tak sepatutnya menilai seseorang dari penampilan luarannya, tetapi berpenampilan menarik yang kemas dan bersih akan membuatkan orang ramai lebih mudah tertarik dengan anda. Mereka juga akan lebih terbuka dan mudah membina kepercayaan kepada bisnes anda.

Penampilan bersih dan kemas juga dapat menarik pelanggan untuk merujuk perniagaan anda kepada kenalan mereka.

6 perkara yang anda boleh lakukan untuk berpenampilan menarik :

1) Uniform – penggunaan uniform menunjukkan keseragaman dan kesepaduan pasukan anda. Ianya juga dapat menunjukkan bahawa pasukan anda berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam urusan perniagaan.

2) Tag nama – penggunaan tag nama memudahkan orang ramai ingat anda. Selain dari itu, mudah untuk mereka bina kepercayaan kerana anda berani dedahkan nama anda.

3) Check list penampilan – bagi sesetengah perniagaan seperti restoran, perlu ada ‘checklist’ khas untuk penampilan.

Seperti pemakaian tutup kepala seperti topi atau tudung, apron, kasut bertutup dan lain-lain yang mematuhi undang-undang pengendali makanan. Ini juga penting untuk anda patuhi kerana ini dapat menunjukkan kredibiliti anda.

4) Bermuka manis – senyum dan keramahan juga boleh bantu perbaiki penampilan anda.

5) Berfikiran positif – apa yang kita fikir mempengaruhi apa yang kita lakukan. Jika kita asyik fikir negatif, ianya dapat dilihat melalui cara kita berjalan dan bercakap dengan orang lain.

6) Bahasa badan – ‘body language’ juga mempengaruhi penampilan kita, Cara kita berdiri, cara kita berkomunikasi, cara kita mendengar bahkan air muka kita sahaja pun dapat menunjukkan penampilan yang baik.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply