Peribahasa Usahawan Perlu Terapkan

Peribahasa Usahawan Perlu Terapkan

Peribahasa ialah warisan dari satu generasi ke satu generasi.
Peribahasa Melayu diwariskan oleh generasi terdahulu dan digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di Malaysia atau sebaliknya.

Terdapat beberapa peribahasa yang sebenarnya menjadi pegangan untuk seseorang menjadi usahawan berjaya. Hal ini kerana peribahasa tersebut mengandungi ciri-ciri yang ada pada usahawan berjaya.

Berikut kami kongsikan beberapa peribahasa yang boleh dijadikan kegunaan buat bangsa usahawan yang mahu membina bisnes yang berjaya. Apatah lagi ketika dalam keadaan mencabar pada masa ini.

Peribahasa ini juga boleh dijadikan sebagai content untuk anda gunakan dalam media sosial. Kami juga akan tambahkan lagi peribahasa yang berkaitan dengan keusahawanan ini.

5 peribahasa penting buat usahawan :

1/ Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Maksudnya kalau tidak bersungguh-sungguh dan bersusah payah dahulu dalam sesuatu perkara atau pekerjaan, tidaklah akan dapat merasai hasil faedahnya.

Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan perlunya konsisten untuk mencapai apa yang nak dicapai itu.

Jika sekali sekala saja anda bersungguh-sungguh, kemungkinan besar perjalanan untuk membina bisnes yang berjaya lebih lama dan sukar.

2/ Hendak mencari rotan, jangan takutkan onaknya.

Maksudnyan jika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang besar faedahnya maka janganlah takut menempuh kesusahan.

Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Ia pasti datang dengan pakej ‘halangan’ seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebelum ini.

Halangan mahupun cabaran yang datang perlu ditempuhi dalam proses membina bisnes berjaya. Ilmu, strategi dan MenThor dapat membantu usahawan untuk lebih cepat dan mudah berbanding mereka yang tiada perkara ini.

3/ Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Peribahasa ini berkaitan dengan soal keputusan anda. Adakah anda benar-benar nak berjaya dalam perniagaan atau tidak?

Jika ya, apa-apapun terjadi anda akan mencari jalan untuk menghadapi bukannya hanya berserah dan memberikan alasan hingga tak berbuat apa-apa.

Maksud peribahasa ini, jika ada kemahuan pasti anda akan buat walau susah namun jika tiada kemahuan maka meskipun senang ada sahaja helah menolaknya.

4/ Kurang wang boleh dicari, kurang akal habis bicara.

Maksudnya kalau bekerja berfikir serta berusaha maka akan senang akhirnya, tetapi jika kurang menggunakan akal dan malas berikhtiar kecewalah padahnya.

Jika anda malas berfikir, gunakan akal fikiran yang ada boleh membuatkan anda tidak ke mana-mana. Kemungkinan tinggi untuk gagal itu ada.

5/ Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Biarlah bersusah payah dahulu dalam membuat sesuatu kerja dan akhirnya beroleh senang.

Seperti seorang usahawan, usahlah bermewah-mewah dahulu keuntungan yang baru diperolehi sedangkan ia belum mampu dimiliki sebenarnya.

Teruskan usaha anda, konsisten dalam berdepan cabaran dan dugaan hingga akhir nanti anda boleh mendapatkan kehidupan lebih baik malah mencapai matlamat masing-masing.

Artikel terbaru

Leave a Reply