Pentingnya Ilmu Marketing. 3 Manfaat Sentiasa Upgrade Bagi Usahawan

Pentingnya Ilmu Marketing

Ilmu marketing sangat penting bagi sesebuah perniagaan dapat menjana jualan dan seterusnya memastikan mereka dapat terus beroperasi dan berkembang lagi.

Apatah lagi, ketika pandemik dengan perubahan tabiat atau sikap pengguna memerlukan perniagaan cepat adaptasi mengikut keadaan semasa.

Justeru itu, pentingnya bagi usahawan untuk terus belakar agar ilmu marketing dan kemahiran yang berkaitan berterusan ditambah baik dan kekal relevan.

Ingat bahawa landskap marketing sentiasa berubah dan dinamik berikutan trend, teknologi dan strategi yang tidak sentiasa kekal.

Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada mengingatkan bangsa usahawan agar melabur kepada ilmu akan memberikan pulangan kepada mereka yang bertindak melakukannya.

Malah dengan peredaran masa yang pantas, ilmy dapat membuatkan anda di hadapan berbanding orang lain.

3 manfaat bila upgrade ilmu marketing usahawan:

1/ Sentiasa berubah, anda tak ketinggalan

Marketing sentiasa berubah, sesuatu perkara itu tidak akan terus kekal begitu saja.

Lihat saja teknologi yang sentiasa berevolusi dengan pantas. Algoritma Google yang bertukar-tukar dan juga tabiat manusia.

Sehubungan itu, pentingnya usahawan untuk sentiasa mencari ilmu. Pastikan team anda pergi belajar agar dapat menggalakkan kreativiti dan idea baru hasil pembangunan dan latihan dihadiri mereka.

2/ Berikan nilai kepada servis atau perkhidmatan pelanggan

Tidak kira anda dalam industri mana, melalui ilmu atau kemahiran baru dipelajari boleh meningkatkan prestasi dan hasil nanti.

Ilmu marketing yang sentiasa di update akan buatkan anda berada di hadapan berbanding pesaing lain.

Hal ini akan dapat memastikan anda dapat menggunakan pendekatan atau cara marketing yang terbaru dan sesuai kepada pelanggan.

3/ Capai lebih besar impian

Melalui belajar, ia dapat membantu dan mewujudkan goal baru. Ilmu dapat memberikan semangat untuk berdepan apa jua cabaran.

Pelbagai cara anda boleh belajar ketika ini, membaca, menyertai webinar dan persidangan maya serta bermentor.

Contohnya persidangan yang menampilkan speaker yang akan membawakan idea inovatif dan hal mungkin usahawan terlepas pandang.

Seperti Titan Summit – 10x Bina Bisnes Berjaya yang diadakan pada 24 – 26 September 2021. RichWorks menghimpunkan 100 usahawan jutawan bagi berkongsikan kisah perjalanan jatuh bangun mereka.

Dalam pada itu, bagaimana strategi dan tindakan betul dilakukan dalam berdepan cabaran-cabaran apatah lagi ketika krisis pandemik.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, shortcut dan lebih cepat untuk anda berjaya dengan belajar mengikut jejak orang yang sudah pun berjaya.

Artikel terbaru

Leave a Reply