Berfikir Penjenamaan Semula Syarikat? Guna Rangka Kerja 5 W

Berfikir Penjenamaan Semula Syarikat? Guna Rangka Kerja 5 W

Apabila tiba masanya untuk perubahan, bangsa usahawan harus menerima proses tersebut.

Usaha penjenamaan semula boleh menjadi tempoh yang sangat menarik yang mewakili permulaan baharu dan komitmen yang diperbaharui kepada misi organisasi.

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah mengemas kini kepala surat (letterhead),  menukar papan tanda dan merombak laman web.

Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah perancangan.

Berikut ialah lima W (dan satu H) yang perlu anda tanyakan sebelum melakukan penjenamaan semula.

1. Kenapa? (Why)

“Kenapa?” adalah perkara pertama yang harus dipertimbangkan apabila hendak melakukan penjenamaan semula.

Adalah menjadi satu kesilapan apabila terlalu kerap merombak imej syarikat, pelanggan mungkin jadi keliru.

Pastikan anda boleh menyatakan alasan kukuh untuk penjenamaan semula.

2. Bila? (When)

Masa adalah satu lagi faktor kritikal dalam sebarang usaha penjenamaan semula.

Adakah syarikat anda telah berubah secara material, atau adakah penjenamaan semasa anda sememangnya tidak sesuai dan amat memerlukan penjenamaan semula?

3. Siapa? (Who)

Pastikan anda meninjau tenaga kerja, eksekutif dan pelanggan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mereka melihat syarikat tanpa membincangkan perubahan nama itu sendiri.

Minta pekerja dan pelanggan menulis beberapa perkataan yang menggambarkan syarikat dengan jelas.

Latihan ini akan memberikan satu set perkataan bernas yang mewakili persepsi syarikat, input ini sangat penting untuk memahami di mana tahap syarikat anda hari ini dan sejauh mana perlu pergi untuk mencapai visi penjenamaan baharu.

4. Apa? (What)

Sesetengah penjenamaan semula mengekalkan nama sedia ada syarikat tetapi memperhalusi palet warna, font, tanda, moto, tapak web dan pernyataan misi untuk mencerminkan tujuan semasa syarikat dengan lebih baik.

Apa sahaja perubahan, ia perlu berubah di seluruh organisasi. Ini bermakna mengemas kini setiap pengenalan melibatkan syarikat seperti tandatangan e-mel, dan kad perniagaan.

5. Di mana? (Where)

Buat senarai lengkap pembahagian tugas. Pilih individu tepat yang bertanggungjawab mengetuai dan pelaksana penjenamaan semula ini.

Tetapkan tarikh dan target.

Penjenamaan semula tidak perlu berlaku semalaman, tetapi pelan projek tertentu perlu dilaksanakan pada tahap terperinci selama beberapa bulan.

6. Bagaimana (How)

Satu salah tanggapan lazim ialah proses penjenamaan semula melibatkan kos yang tinggi dan perlu mahal.

Tetapi pemimpin perniagaan boleh mencari cara yang berkesan untuk memanfaatkan sumber sedia ada atau murah untuk bahagian utama proses penjenamaan semula.

Keputusan untuk penjenamaan semula adalah keputusan yang besar.

Menggunakan rangka kerja lima W (dan satu H) membantu pemimpin perniagaan mengatur strategi perniagaan dengan lebig berkesan.

Apabila pemimpin perniagaan mendekati proses penjenamaan semula secara strategik, ia boleh menambah nilai jangka panjang yang ketara kepada syarikat.

Artikel terbaru

Leave a Reply