Boleh dikatakan setiap orang tahu termasuk kanak-kanak sudah pandai menggunakan Google.
Google yang merupakan enjin carian tertinggi di dunia itu telah dicipta oleh Pengasas Bersama Google, Larry Page dan Sergey Brin pada 1998.
Kali ini kita akan kongsikan kisah Larry Page yang mana seorang yang menjadikan impiannya sebagai realiti.
Lawrence Edward Page dilahirkan pada 26 Mac 1973. Page dikelilingi komputer, gadjet, teknologi dan majalah-majalah membuatkan dia boleh bercakap pada masa sama tertarik dengan teknologi.
Selain itu, beliau dibesarkan kedua ibu bapanya yang merupakan profesor dalam sains komputer dan pengaturcaraan artificial intelligence (AI) di University of Michigan yang menggalakkan kepada inovasi dan kreativiti Page.
Moga kisah Page ini dapat memberikan semangat dan membawa bisnes anda ke peringkat lebih tinggi lagi meskipun dalam keadaan mencabar waktu ini.
5 pengajaran daripada Pengasas Bersama Google, Larry Page :
1. Anda tak perlukan syarikat dengan 100 kakitangan untuk membangunkan sebuah idea
Anda tahu apakah persamaan pada syarikat gergasi dunia seperti Apple, Amazon, Google dan Disney?
Mereka semua bermula dari garaj tanpa sebarang sumber namun penuh dengan impian dan inilah yang diperlukan untuk mengoperasikan bisnes.
Percaya kepada idea anda dan komited untuk mencapai goal meskipun tak ada sumber yang diperlukan ketika ini. Bayangkan jika Larry Page, Jeff Bezos, Steve Jobs tak meneruskan idea mereka disebabkan tak ada team yang banyak atau sumber ketika itu?
2. Apa membezakan anda dengan pesaing lain?
Cuba lihat semua pesaing dalam pasaran niche anda, apa membezakan anda dengan yang lain. Ia akan menjadi nilai perbezaan anda.
Persaingan diperlukan dan sihat kerana tanpanya ada tak dapat maju ke depan dan tambah baik lagi. Belajar daripada persaingan dan pantaunya kemudian bergerak kebih pantas agar dapat lebih satu langkah ke depan.
3. People
People atau ornag ini merupakan aset sangat penting bagi sesebuah syarikat. Jika kita melayan team dengan hormat seperti melayan bakal dan pelanggan anda, maka mereka juga akan bertindak dengan lebih baik.
Selain itu, jangan lupa berikan insentif atau ganjaran bila perlu kepada team. Ia akan meningkatkan produktiviti dan menarik bakat-bakat baru dalam bisnes anda.
4. Bantu selesaikan masalah orang
Menurut Larry Page, jika anda membanttu orang, anda sudah melakukan sesuatu yang betul.
Bagi sesebuah bisnes untuk beroperasi dengan baik, ia perlulah dapat menyelesaikan masalah-masalah berkenaan dan memenuhi keperluan.
Justeru itu, ketahui bagaimana bisnes anda dapat bantu orang lain berbanding hanya memikirkan mengenai wang yang akan diperolehi. Duit akan datang kemudian.
5. Tahu ke mana anda nak pergi
Salah satu rahsia kejayaan Page adalah beliau tahu ke mana nak di tuju dan bila kita tahu kemana nak pergi akan memudahkan untuk sampai ke sana.
Dengan kata lain, kenal pasti tujuan syarikat anda agar anda benar-benar tahu apa yang mahu dilakukan.
Moga perkongsian di atas ini dapat membantu dan memberikan semangat buat anda.
1 Comment
Alhamdullilah, Syukur
Elmu yang diberi..Amin.