Pengajaran Dalam Hidup Ini

pengajaran dalam hidup ini

Sepanjang kita hidup, pasti sebenarnya ada banyak pengajaran dalam perjalanan yang dilalui dari kecil hingga hari ini. Pelbagai perkara dilalui, jatuh bangun, cabaran dan dugaan yang ditempuhi.

Apatah lagi dengan pandemik yang bermula tahun lalu, hingga menyaksikan ramai orang terkesan dengan kehilangan pekerjaan, bisnes terpaksa ditutup hingga ada yang gulung tikar dan sebagainya.

Setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan apakah yang boleh kita belajar daripadanya? Berikut kami kongsikan beberapa pengajaran yang kebanyakan kita mungkin sedar atau tidak pernah melaluinya.

7 pengajaran dalam kehidupan ini:

1/ Berani ambil risiko terutama ketika muda kerana apabila sudah berusia mungkin sukar sikit untuk lakukannya. Bagaimanapun, pastikan ia merupakan risiko yang sudah dikira. Bukannya main hentam keromo saja.

2/ Jangan berhenti belajar, barulah anda boleh terus saksikan perkembangan dalam diri ini. Perkara penting anda dapat di sekolah sebenarnya adalah bagaimana untuk belajar.

3/ Berimpian besar, ia adalah percuma. Tetapkan impian dan lakukan tindakan untuk mencapainya dengan mengikut jejak orang yang sudah berjaya.

4/ Aset terpenting untuk dilaburkan adalah diri anda sendiri. Sebab itu, jangan berhenti belajar, sama seperti dalam bisnes yang mana setiap tahap atau peringkat berbeza ada cabaran tersendiri.

5/ Terima kasih merupakan dua perkataan yang cukup hebat perlu anda gunakan.

6/ Berada dalam circle atau sekeliling orang yang positif dan berjaya. InsyaAllah, anda juga akan positif dan berjaya satu hari nanti dengan usaha yang berterusan dan konsisten melakukan penambahbaikan.

7/ Saya cuba namun gagal lebih baik daripada tidak lakukan apa-apa dan hidup dengan alasan.

Artikel terbaru

Leave a Reply