Pendidikan Dalam Kehidupan

Semua orang tahu, pendidikan sangat penting dalam kehidupan ini. Pendidikan formal ataupun tak formal dapat membuatkan seseorang itu bernilai dengan mendapatkan ilmu & kemahiran yang dapat membantu dalam kehidupan dan bermanfaat kepada orang lain.

Melalui pendidikan, seseorang boleh menjadi apa yang mereka impikan malah mengubah kehidupan diri dan keluarga. Perkara ini sememangnya sudah banyak bukti-bukti yang ada – anak penoreh getah menjadi pegawai kanan kerajaan atau berjawatan tinggi dalam sektor swasta, anak orang kampung menjadi pekerja berkemahiran tinggi dan bermacam-macam lagi.

Belanjawan 2021

Kerajaan juga mengambil berat soal pendidikan yang mana kebanyakan Belanjawan yang dibentangkan sebelum ini memberikan peruntukan besar. Pada 6 November lalu, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar berjumlah RM50.4 bilion yang mana 15.6% daripada keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM322.5 bilion.

Pada tahun lalu, Kementerian Pendidikan juga menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2019 membabitkan RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan.

Bahkan dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang mengatakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia. Hadith dan sunnah Nabi Muhammad SAW juga banyak mengenai kepentingan pendidikan dalam memperkasakan tamadun Islam. Islam tidak hanya melihat pendidikan bentuk duniawi saja bahkan meliputi soal akhirat.

Tokoh Islam terkenal, Ibn Khaldun telah membahagikan ilmu kepada 2 bahagian utama iaitu berbentuk fardhu ain (perlu diketahui untuk melaksanakan tuntutan agama) dan fardhu kifayah (ilmu mesti ada pada sekumpulan orang dalam masyarakat contohnya ilmu pertukangan, kedoktoran, ekonomi, bisnes dan lain-lain lagi yang mendatangkan manfaat kepada manusia).

Islam adalah agama yang amat mementingkan dan
menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Bahkan al-Quran telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu perkara.

Wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah
SAW, Allah berfirman dalam Surah al-Alaq ayat 1-5 (al-Alaq 96: 1-5)
yang bermaksud:

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ayat di atas memberikan isyarat dan perintah yang sangat jelas dalam pendidikan yang mana malaikat Jibrail AS berulang-kali menyuruh Rasulullah SAW membaca. Ayat ini jika dilihat secara mendalam, untuk mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya menjadi berilmu.

Di samping itu, Allah juga telah menegaskan dalam Surah
al-Zumar (39: 9) tentang perbezaan antara orang berilmu dengan orang tidak berilmu, firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang
mengetahui Dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Allah memberikan penghargaan yang cukup tinggi terhadap orang yang berakal, berfikiran dan berilmu pengetahuan.

Apa yang boleh dirumuskan, pendidikan adalah sangat penting bagi mendapatkan ilmu & kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu perkara yang dilakukan dalam kehidupan anda. Pendidikan tidak terhenti setakat dalam sekolah ataupun institusi pengajian awam atau swasta saja, sebaliknya ia berlaku sepanjang hayat.

Banyak kajian kes kami, melalui bisnes mereka berjaya mendapat apa yang diimpikan sama ada mahu mengubah hidup menjadi lebih baik, menjana pendapatan untuk menyokong keluarga malah dapat bantu lebih ramai orang lain dengan mencipta peluang pekerjaan.

Mungkin anda pernah baca kisah seorang bekas ketua pramugari yang telah bertugas dalam syarikat penerbangan selama 16 tahun, Puan Aida Khurniah Sulaiman yang telah menjadi usahawan berjaya.

Beliau telah memulakan bisnes dengan menjadi Founder Paru Rangup by Aunty Rock selepas menyertai program pendidikan keusahawanan, Zero To Million secara virtual pada 13 hingga 15 Mac 2020. Alhamdulillah, bisnes yang baru saja bertatih dijalankan mengikut ilmu, sistem dan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyaksikan perkembangan luar biasa.

Tidak sampai setahun mula berniaga, jualan yang dicapai sudah pun mencecah RM1 juta. Ini hanya salah satu daripada ribuan yang telah dan sedang mendapatkan pendidikan bisnes dari RichWorks International berdasarkan ilmu, pengalaman dan sistem yang terbukti berjaya.

Justeru itu, anda juga boleh berjaya jika tahu caranya. Jangan takut dan ragu-ragu untuk melaburkan wang dan masa dalam pendidikan yang bermanfaat malah ada bukti-bukti kejayaan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply