Pendapatan Isi Rumah RM2,208 Ke Bawah Kira Miskin

Tahukah anda, mengikut pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang baharu mendapati PGK nasional 2019 ialah RM2,208 – berada dalam kelompok 10% terbawah isi rumah di negara. Sesebuah isi rumah dikategorikan sebagai miskin mutlak jika pendapatan keseluruhan isi rumahnya berada di bawah paras nilai PGK ini.

Mengikut Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS) 2019 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), kadar kemiskinan adalah 5.6% (405,441 isi rumah) bagi 2019. Bagi 2016, peratusannya adalah 7.6% (525,743 isi rumah) jika mengikut pengiraan PGK baharu.

Daripada 405,441 isi rumah miskin daripada keseluruhan 7.3 juta isi rumah, sebanyak 70.4% adalah isi rumah yang mempunyai bilangan ahli melebihi 4 orang. Ini diikuti dengan isi rumah yang mempunyai seramai 4 orang ahli dengan 13.3%. Keadaan ini jelas menunjukkan saiz isi rumah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kemiskinan di Malaysia.

Kaum Bumiputera mencatatkan penurunan insiden kemiskinan kepada 7.2% berbanding 9.7% (2016). Kaum Cina dan India juga menunjukkan insiden kemiskinan yang lebih rendah berbanding 2016 dengan masing-masing merekodkan 1.4% dan 4.8%.

Insiden kemiskinan mengikut negeri pula menunjukkan Sabah mencatatkan insiden kemiskinan tertinggi iaitu 19.5% dan diikuti oleh Kelantan 12.4%, Kedah mencatatkan pengurangan kemiskinan yang ketara iaitu daripada 14.3% kepada 8.8%, diikuti Pahang daripada 9.2% kepada 4.3%.

Kesan Kemiskinan Dalam Hidup

Kemiskinan boleh membuatkan seseorang bertindak dan melakukan perkara negatif jika tidak keimanan dan kekuatan dalam diri. Malah juga boleh mengundang kekufuran seperti apabila seseorang terbeban dengan hutang yang banyak dan tidak cukup wang serta kesusahan hidup.

Bukan itu saja, ia boleh membuatkan kita ada pilihan yang terhad untuk buat amal kebajikan dan ibadah. Sukar untuk nak bawa ibu bapa malah diri sendiri untuk menunaikan umrah atau haji.

Malah sampai satu tahap, seseorang itu akan terfikir untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah yang mungkin menyalahi undang-undang malah agama untuk menyelesaikan masalah kewangan itu.

Bukankah lebih baik jika kita berkemampuan dan kaya. Disertai dengan keimanan yang membolehkan untuk memberikan nilai lebih baik dalam hidup malah memberikan manfaat kepada lebih ramai orang lain.

Hakikatnya, ia terletak kepada diri kita sendiri. Kita diberi pilihan untuk menentukan mana satu yang dimahukan. Buat pilihan, berusaha dengan belajar, buat perancangan dan bertindak serta bertawakal kepada Allah SWT.

Kami ambil contoh daripada salah seorang usahawan wanita hasil didikan RichWorks International, Puan Siti Rohani yang merupakan Executive Partner NAJEEHAH dan dahulunya beliau hanya bekerja sebagai pembantu tadbir. Selalu dipandang rendah oleh orang sekeliling, sebab daripada keluarga yang susah. Bapanya peneroka disamping menjual buah-buahan dan ayam kampung demi menyara kehidupan 8 adik-beradik.

Kehidupannya juga agak susah dengan bapa perlukan perbelanjaan tinggi untuk beli keperluan penjagaannya dan ibu tiada kewangan yang kukuh membuatkan pendapatan beliau sekeluarga tidak mencukupi. Sering bergaduh, selalu tidak cukup belanja, makan terpaksa catu kerana banyak potongan gaji kami. Terpaksa balik kampung 3 bulan sekali oleh kerana tiada duit lebih untuk balik ke kampung.

Keadaan ini akhirnya berubah, beliau membuat pilihan dan menjalankan bisnes secara sambilan dengan serius. Beliau lakukan dengan sungguh-sungguh sampai menangis dengan suami, ibu dan juga menangis sujud syukur dengan Allah kerana diberi rezeki yang banyak selepas itu.

Secara tidak langsung, beliau dapat bantu ibu bapa, tanggung mereka sepenuhnya, bantu suami daripada sudut kewangan, dapat bantu team yang ada masalah sama dan mereka yang nak ubah hidup ini.

Apa yang kita dapat pelajari daripada kisah Puan Siti Rohani ini? Beliau yang berada dalam keadaan susah, juga dapat mengubah hidupnya dengan buat pilihan, kemudian berusaha dengan belajar, buat perancangan dan bertindak serta bertawakal kepada Allah SWT.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply