Persepsi sesetengah daripada kita bagi orang kaya dan berjaya ini seorang yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Hanya pedulikan tentang diri sendiri dan keluarga.
Mungkin ada segelintir yang sedemikian rupa, tapi ada saja mereka yang kaya ini prihatin kepada orang lain. Mereka gunakan duit yang ada itu untuk kebaikan semua orang dalam pelbagai cara.
Melalui kekayaan dengan mempunyai duit yang banyak, maka lebih ‘berkemampuan’ kita untuk membantu lebih banyak orang yang memerlukan. Percayalah, dalam rezeki kita ini, ada juga rezeki orang lain.
Contoh terbaik adalah kisah sahabat Nabi Muhammad SAW dan jutawan, Abdul Rahman bin Auf. Beliau salah seorang daripada 10 yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW. Jihad hartanya lebih hebat jika dibandingkan jihad peperangan ketika itu.
Dulu ketika Kota Madinah menghadapi situasi kering menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan perniagaan agak merosot. Maka saat itu, Baginda SAW amat berharap sahabat dapat menginfakkan harta ke jalan Allah SWT.
Antara sahabat yang menginfakkan harta ialah Abdul Rahman yang menghadiahkan sebanyak 200 Auqiyyah emas (kira-kira 5580 gram emas). Infak Abdul Rahman tidak terhenti di situ. Banyak keadaan menyaksikan Abdul Rahman tampil menyerahkan hartanya ke jalan Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga.” (Surah at-Taubah, ayat 111)
Abdul Rahman merupakan model yang harus dicontohi kerana sanggup mengorbankan nyawa bahkan seluruh hartanya untuk agama Allah SWT.
Keinginan untuk membantu dengan kemampuan untuk membantu merupakan dua perkara yang berbeza. Sesetengah orang yang mempunyai kekayaan, lebih berkemampuan berbanding yang lain bagi menghulurkan bantuan, berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
Maka jika anda diberikan pilihan, adakah ingin menjadi orang yang ada kekayaan?
26 Comments
Sya nak Kaya dn hasil kekayaan sya itu sya nk kongsi pd mereka YG betul2 memerlukan dn sya jgu nk Bantu saudara sya YG susah..sya nk ubah hidup kluarga sya dn bila sya Kaya nnti sya nk Mohon pd Allah untuk lindungi diri sya supaya sya tk jdi hambaNya YG takabur dn lupa diri..Aaminn
Aamin Ya Rabb. Moga segala Doa dan harapan anda dimakbulkan dan dipermudahkan : )
Saya nak kaya sbb Saya nak beri manfaat pada family, boleh tolong lebih ramai org dan beri manfaat kepada ramai orang. Saya juga nak hari2 berinfaq tanpa sempadan. Berzakat tanpa had. Aminn
Aamin Ya Rabb
Saya nak berjaya tapi tak tahu cara apa lagi nak yakinkan orang beli…promot da,spam like coment da,fb page da…masih tak ada beli
Kami cuba bantu. Bantu tinggalkan no telefon anda untuk kami bantu berikan saranan yang sesuai
InshaAllah saya nak cari kekayaan berjaya dunia dan akhirat
Aamin Ya Rabb. Anda kaya dan berjaya
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Pilih kekayaan sebab dengan kekayaan kita dapat berinfak, berzakat, bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan.
Aamin Ya Rabb. Moga dipermudahkan segala urusan Puan
Dulu saya suka berangan tetapi kini saya bermimpi ia pasti jd kenyataan .. dengan ilmu2 dr Doc berikan ..in Shaa Allah Aamiin 😭🤲
Alhamdulillah. Moga segala Doa dan harapan anda dimakbulkan dan dipermudahkan. Moga bisnes semua terus maju
Ya. Saya nak jadi orang yang ada kekayaan.
Aamin Yaa Rabb. Moga dipermudahkan : )
Of couse i want. Rezeki Allah bagi rugilah kalau di tolak
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Ingin jadi manusia yg memberi manfaat..
Kaya spt para sahabat
insyaallah mudah mudahan dipermudahkan
Modal yg tidak kurang..
Pelanggan hanya kawan sekeliling sahaja..
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Modal yg kurang..
Pelanggan hanya kawan sekeliling sahaja..
Mudah mudahan dipermudahkan
BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital!
Layari richworks.com/bangkit untuk mendaftar. Nak dapatkan akses percuma? Dapatkan promo coupon di pin post TelegramAzizanOsmanOfficial! Klik https://t.me/AzizanOsmanOfficial
Alhamdulillah…
Saya akan menjadi orang yang kaya at the same time beri menfaat kepada orang lain, seperti bantu orang yang memerlukan.
Aamin Ya Rabb. Mudah mudahan dipermudahkan
Teringin dapat membantu org yg susah
Insyaallah moga dipermudahkan