Pecutan Akhir Ramadan

Hanya berbaki enam hari saja lagi, Ramadan akan meninggalkan kita. Adakah Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya?

Jika belum cukup lagi, gunakanlah baki hari yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Isikan masa-masa anda dengan membaca al-Quran, berzikir dan bangun untuk solat malam.

Masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah itu. Kita perlu rebut peluang yang masih ada agar tidak ketinggalan mendapat manfaat yang berganda dalam meniti pemergiannya.

Jika sepuluh hari terakhir Ramadan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama menjalankan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita?

Contoh yang ditunjukkan Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya tempoh akhir Ramadan yang sedang kita lalui saat ini. Malah Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar iaitu malam yang lebih baik daripada 1,00 bulan pada sepuluh malam terakhir ini.

Betapa ruginya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah dalam Ramadhan ini. Belum tentu lagi, kita akan dipertemukan dengan Ramadhan di masa akan datang.

Sehubungan itu, kami kongsikan anda checklist bagi pecutan pada malam-malam akhir ramadan ini.

5 checklist pecutan amalan pada akhir Ramadan :

  1. Solat fardhu berjemaah dan di awal waktu
  2. Bangun untuk melakukan qiamulail atau solat malam
  3. Memperbanyakkan baca al-Quran, selawat dan berdoa
  4. Memperbanyakkan sedekah
  5. Mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa

Jom kita berusaha bagi mempertingkatkan amalan dan ibadah dengan mengikuti contoh yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW sebelum ini.

Moga segala usaha dan urusan kita akan diberkati dan dipermudahkan lagi oleh Allah SWT.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Pecutan Akhir Ramadan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

1 Comment

Leave a Reply