Pastikan Website Yang Efektif. 10 Tips Untuk Anda

Apa perasaan anda bila anda buka satu website, anda perolehi semua maklumat yang anda mahukan? Sudah pasti anda akan bookmark website tersebut untuk buat rujukan pada masa akan datang. Betul ke betul?

Anda pun boleh buat website yang begitu. Buat satu website yang efektif dengan pengisian maklumat yang sangat berguna untuk pembaca anda. Jadi, mereka dah tak perlu ke page lain lagi kerana di website anda, semua maklumat sudah lengkap tersedia untuk mereka. Ia seperti kamus elektronik kerana mereka hanya perlu taip maklumat yang diperlukan, dengan sekali klik, maklumat tersebut akan tersedia untuk mereka.

10 tips untuk bina website yang efektif :

1. ‘Rumah Online’ Bisnes Anda

Cuba anda bayangkan, tiba-tiba media sosial anda terpaksa ditutup kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak seperti Facebook atau Instagram? Mesti anda akan kecewa dan sedih kerana bisnes yang anda bangunkan di media sosial tersebut terpaksa dipadamkan. Bukan tu sahaja, anda akan hilang platform untuk berniaga dan juga hilang pelanggan. Jadi, nak elakkan semua ini dari terjadi, anda kena ada website sendiri yang digunakan untuk berniaga.

Ini akan membolehkan pelanggan untuk mencari kita kembali sekiranya platform media sosial yang kita gunakan itu telah hilang atau kita tidak boleh lagi menggunakannya. Kita perlu faham, platform-platform media sosial ini harus kita uruskan sebagai alat pemasaran, tetapi bukan sebagai tapak kekal perniagaan alam maya kita.

2. Memudahkan Komunikasi

Melalui website, komunikasi anda dengan pelanggan akan lebih mudah dan senang. Anda boleh berhubung dengan pelanggan anda, dengan rakan-rakan anda, dengan calon pelanggan dan sebagainya. Ini kerana, setiap website telah dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri komunikasi yang membolehkan kita berhubung dengan orang lain seperti ruangan komen. Dengan adanya ruangan komen di laman web, anda boleh membalas komen mereka di situ juga.

3. Mudah Tarik Pelanggan

Dengan paparan website yang efektif, lagi mudah untuk anda mendapatkan target pelanggan anda. Ini kerana, sebuah website juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mencari calon pelanggan. Banyak syarikat yang memperoleh pelanggan dengan hanya menggunakan website yang mereka miliki. Seperti yang kita ketahui, pengunjung sesebuah website bukan terdiri dari warga tempatan sahaja, malah ada juga pengunjung dari luar negara.

4. Beri Maklumat

Dengan memiliki sebuah website, syarikat anda akan mudah untuk mengemaskini maklumat terkini. Seperti jadual aktiviti, berita terbaru, dan maklumat umum berkaitan syarikat dan produk anda. Dengan adanya website yang efektif, pelanggan dan calon pelanggan tetap boleh mengetahui perkembangan terbaru dari syarikat anda walaupun jaraknya sangat jauh.

5. Mudahkan Carian Engine (SEO)

Anda tahu, dengan website ni, ia akan memudahkan carian engine untuk bisnes anda. Bila pelanggan gunakan Google nak tahu pasal bisnes anda, ia akan terpapar di laman carian engine tersebut. Jadi, pelanggan hanya klik pada link tersebut untuk masuk ke landing page bisnes anda.

6. Sebagai Ejen Pemasaran

Anda boleh jadikan website sebagai ejen pemasaran bisnes anda. Sebab itu lah anda kena pastikan ia cantik, menarik dan punyai paparan yang efektif. Perasan tak, kalau anda nak beli sesuatu produk di pasaran, anda akan Google dulu untuk cari website yang jual produk tersebut.

Apabila dah jumpa, anda akan klik satu persatu tajuk di paparan website untuk masuk ke page peniaga tersebut. Bila anda jumpa page yang menawarkan barangan yang anda mahukan, dengan harga yang mampu milik, ditambah dengan paparan yang menarik, pasti anda akan beli. Betul ke betul?

7. Menambah Keyakinan Pengguna

Jika anda mempunyai website yang bergaya profesional dengan paparan yang efektif, ia akan memberi pandangan pertama yang menarik kepada pelanggan. Cuba anda buat website di mana pelanggan boleh dapatkan maklumat produk anda, maklumat bisnes anda, tip-tip perniagaan dan pemasaran, soal-jawab dengan anda, dan mereka juga boleh buat aduan secara terus di website anda. Ini akan timbulkan rasa lebih yakin pada pelanggan untuk gunakan produk anda.

8. Pasaran Pelanggan Lebih Luas

Pasaran pelanggan anda akan jadi lebih luas kerana website anda boleh dibuka di mana-mana tempat yang mempunyai rangkaian internet. Bezanya jika anda ada kedai khas untuk bisnes, anda hanya boleh menumpukan pasaran di sekeliling kawasan anda sahaja, tetapi jika anda mempunyai website anda boleh meluaskan pasaran anda bukan sahaja di pasaran Malaysia malah dapat tembusi pasaran luar negara.

9. Wujudkan Daya Saing

Cuba lihat pesaing anda dalam bidang bisnes yang sama, adakah mereka juga berbisnes dengan menggunakan website? Jika mereka berniaga menggunakan website dan anda masih belum sedar kepentingan website kepada bisnes, ini bermaksud mereka beberapa langkah lebih maju daripada anda. Jadi anda juga harus lebih cepat bergerak ke hadapan supaya tidak ketinggalan.

10. Membina Jenama

Website yang efektif juga mampu membina jenama produk dan perniagaan anda. Ini kerana anda telah meletakkan logo dan nama bisnes anda di setiap foto yang anda pamerkan di dalam website anda. Dan setiap foto ini akan dapat diakses di engine carian dengan mudah. Dengan menggunakan foto logo sahaja atau sebut sahaja nama produk anda, pelanggan sudah dapat mengenali bisnes anda.

Amacam?

Anda dah boleh nampak kepentingan website yang efektif untuk bisnes anda?

Artikel terbaru

Leave a Reply