“Saya sanggup buat apa sahaja, untuk mengubah nasib keluarga dan adik-adik saya” – Founder Pastelsey Sdn Bhd

“Saya sanggup buat apa sahaja, untuk mengubah nasib keluarga dan adik-adik saya” - Founder Pastelsey Sdn Bhd

Itulah keinginan dan big why CEO dan Founder Pastelsey Sdn Bhd, Puan Siti Aisyah Osman ketika menjalankan perniagaan tersebut.

Pastelsey mempunyai kepakaran dalam menjalankan perniagaan telefon bimbit melalui sistem ejen dan dropship.

Pada peringkat awalnya, beliau mulakan bisnes hanya untuk membeli kereta.

Bagaimana Pastelsey bermula?

Pastelsey bermula hanya dengan modal RM800 saja. Pada permulaan pada 2017, perniagaan itu hanya dibuat suka-suka dan nak belajar ketika sedang menuntut pengajian peringkat sarjana ketika itu.

Pastelsey Feedback

Dijadikan cerita, seorang rakannya mengajak untuk pergi ke program Insentif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang dijalankan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 2018.

“Pada masa itu, saya tak ada arah tujuan dan ‘budak’ yang tak tahu buat perniagaan dan memang tiada ilmu buat bisnes,” jelasnya yang kemudian telah mulakan journey belajar dan dibimbing bersama RichWorks.

Kemudian beliau menyertai program mentoring Spire yang mana mempersiapkan diri usahawan untuk mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun.

Beliau ketika dalam circle Spire menyatakan tidak pernah rasa ‘lemau’ disebabkan setiap minggu Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berikan bimbingan dalam Weekly Zoom di samping circle yang membakar satu sama lain.

Puan Siti Aisyah juga kemudian berjaya melayakkan diri ke dalam circle Titanium yang membolehkan beliau ada sesi 1 on 1 dengan Datuk Wira dan mendapatkan jawapan dan kepastian sangat cepat.

Cabaran dihadapi Puan Siti Aisyah

Puan Siti Aisyah merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik datang daripada keluarga yang tidak senang di mana mak ayahnya berniaga di tepi jalan menjual nasi lemak untuk tampung kehidupan keluarga.

“Saya fikir apa yang akan terjadi pada adik-adik saya (jika apa-apa perkara luar jangka terjadi),” ujarnya.

Terdetik dalam dirinya rasa seperti tak berguna kerana tak dapat menyumbang kembali kepada keluarganya ketika itu.

Beliau yang merupakan bekas guru tuisyen terpaksa berjalan kaki sekitar 1 kilometer tak kira panas atau hujan untuk ke kelasnya pada 2017 ke 2018.

Beliau berbisnes pada mula hanya untuk beli sebuah kereta untuk dapat berusaha untuk mengubah nasib keluarga. Langkah itu memudahkan beliau untuk menuntut ilmu namun ketika itu struggle tak cukup duit. Malah rumah yang diduduki juga bocor.

Pencapaian Pastelsey

Pada Januari hingga Jun lalu, Pastelsey mencapai hampir RM5 juta, RM4.3 juta (2020), RM900,000 (2019) dan RM36,000 (2018).

Puan Siti Aisyah juga berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama dan kini target untuk mencapai RM1 juta setiap bulan.

Dalam masa sama, Puan Siti Aisyah juga memiliki kereta idaman – Mercedes C300.

“Saya tidak pernah terfikir boleh capai apa yang saya nak, ianya adalah berkat usaha semua antara Pastelsey Team dan dropship Team,” jelasnya.

Nasihat bagi usahawan

Perniagaan bukannya suatu ‘skim cepat kaya’. Tidak semestinya anda buat hari ini dan esok akan mendapat hasilnya. Anda kena konsisten dan susun apa yang nak buat.

Semua orang boleh masuk kelas yang sama, tetapi tak semua orang dapat keputusan sama sebab tiada disiplin

  1. Disiplin
  2. Konsisten
  3. Fokus

“Balik dari kelas kita sepatutnya kena pelan apa sebenarnya nak buat. Sebab bisnes ini bukan Datuk Wira punya tetapi perniagaan kita sendiri.

“Anda sebagai pemilik sepatutnya bertanggungjawab 100% ke atas perniagaan itu,” ujarnya lagi.

Artikel terbaru

Leave a Reply