Dalam persekitaran perniagaan yang semakin kuat dan mencabar ini, usahawan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran amat diperlukan dalam pasaran kerana ia adalah keperluan untuk membuat keputusan yang cepat dan tepat.
Walau sebelum ini bangsa usahawan telah berniaga puluhan tahun, turun temurun mewarisi perniagaan namun perubahan mesti dilakukan.
Peniagaan warisan Otak Otak JB
Perniagaan warisan keluarga yang dijalankan secara konvensional sejak 1997 memaksa Ketua Pegawai Eksekutif Otak-Otak JB mengambil langkah beralih ke platform digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan ketika pandemik.
Menurut Mohammad Qasri Md Noh, sebelum ini beliau percaya kaedah tradisional mendatangkan lebih keuntungan, namum bila kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP), kedai terpaksa ditutup mengakibatkan tiada pelanggan dan sifar hasil jualan.
Sebelum ini beliau percaya kaedah tradisional mendatangkan lebih keuntungan, namum bila kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP), kedai terpaksa ditutup mengakibatkan tiada pelanggan dan sifar hasil jualan.
Katanya, dulu tak pernah terfikir untuk tukar dan mengguna pakai bisnes online yang mana cuma ada Facebook dan Instagram tetapi semua sekali tak aktif langsung.
Segera digitaklkan perniagaan
“Bagaimanapun, Mentor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks sering ingatkan agar segera melakukan perubahan dengan beralih kepada platform digital.
“Hari-hari Dr Azizan maklumkan, you kena digitalkan perniagaan. Saya fikir apa benda digital ini dan akhirnya faham, sebenarnya untuk digitalkan perniagaan tak susah,” jelasnya.
Tambahnya, rupanya lagi senang untuk buka kedai digital berbanding kedai fizikal yang memakan kos yang lebih tinggi.
“Bila saya buka kedai digital, kos sangat minimum dan impak daripada situ menyebabkan orang akan lagi ramai tahu perniagaan kita berbanding kedai fizikal.
Kalau tahu dah buat 10 tahun lepas
“Itu yang saya rasa wow, amazing, kalau tahu 10 tahun lepas sudah buka kedai digital ini!” jelasnya lagi.
Hasilnya, pengeluaran otak-otak meningkat kepada 100,000 setiap hari berbanding sekitar 10,000 ke 20,000 maksimum sewaktu menjalankan perniagaan secara tradisional dengan meraih jualan RM15 juta pada 2021 berbanding RM5 juta pada 2020.
“Permintaan yang tinggi menyebabkan kakitangan operasi tidak cukup dan perlu ditambah lagi. Kita sedang naik taraf kapasiti pengeluaran kepada 300,000 sehari” katanya yang mensasarkan jualan RM30 juta pada tahun 2022.
Rebut peluang percuma
Dalam pada itu, Mohammad Qasri menyeru agar usahawan dapat merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan seperti geran dan dana bagi digitalisasikan bisnes termasuk membangunkan laman web secara percuma.
“Saya mohon pelan digital, semua percuma dan tak mengeluarkan sebarang kos. Rugi sangat tak rebut peluang ini. Impak perniagaan digital sangat luar biasa,” jelasnya.
Tambah Mohammad Qasri, permohonan itu jadi lebih mudah kerana RichWorks turut memberi tunjuk ajar bagaimana menyediakan portfolio syarikat yang baik sekali gus memudahkan pelbagai urusan rasmi dan perbankan.
Good Portfolio
“Itu juga kesan kita belajar dengan RichWorks, kita diajar untuk buat good portfolio. Macam mana kita nak urus kewangan dengan baik. Macam mana kita nak cantikan kita punya profil company. Disebabkan itu kita akan dapat banyak dana dan grant untuk dapat lebih banyak kelebihan bila kita jalankan perniagaan,” ujarnya.
Mohamad Qasri turut berkongi, RichWorks juga membuatkan beliau faham dan lebih jelas mengenai ilmu pemasaran walau telah lama menjalankan perniagaan.
“Masa tu saya pergi kelas Millionaire Marketing Mastery (MMM). Saya belajar mengenai marketing, hari pertama tu lah saya baru faham apa itu pemasaran. Selama Ini saya berniaga saya tak tahu pun pemasaran itu apa.
“Bukan setakat belajar macam mana nak buat pemasaran, nak jaga kewangan, syarikat, team dan personal diri kita sendiri.
“Dulu saya memang kelam kabut hidup, tak ada jadual yang proper, tak ade waktu yang berkualiti, Kalau nak masuk keje rasa nak masuk pukul satu atau dua petang tu saya pergi, kalau rasa hari itu tak nak masuk saya tak masuk tapi RichWorks ajar untuk berkerja dengan teratur. Alhamdulillah, personal pun di urus dengan baik,” jelasnya.
Peluang jana pendapatan dan pekerjaan
Dalam pada itu, Mohamad Qasri membuka peluang dan ruang kepada individu yang mahu mencari pendapatan tambahan atau peluang pekerjaan.
“Orang yang senasib seperti saya dulu, boleh mulakan perniagaan dengan kami. Kami juga mewujudkan peluang pekerjaan untuk membina diri mereka dalam team production sehingga team pengurusan.
“Saya kembangkan perniagaan ini untuk nak membantu siapa nak jadi usahawan dan pekerja sedia ada dibantu untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup mereka,” katanya.
Sementara itu, bagi yang berminat untuk menjana pendapatan bersama Otak Otak JB boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web www.otak2jb.com.my.