Mungkin anda rasa sudah tidak ada harapan, rasa putus asa dan nak mengalah dalam berdepan cabaran, halangan dan mungkin kegagalan ketika ini?
Umpama sudah tidak nampak cahaya di hujung terowong pun.
Berhenti sebentar, ambil masa untuk tenangkan diri terlebih dahulu agar dapat berfikir dengan lebih rasional.
Ingatlah setiap sesuatu kejadian dan perkara berlaku itu ada hikmahnya. Malah dalam sesuatu kesusahan akan ada kesenangannya, yakinlah.
Dalam masa sama, kami kongsikan anda kisah orang yang terkenal malah berjaya di dunia ini yang satu ketika dulu pun pernah alami kegagalan.
Tapi mereka tidak terus putus asa dan mengalah untuk melakukan apa yang mereka lakukan. Hingga akhirnya, mereka mampu mencapai kejayaan.
7 orang terkenal di dunia yang alami kegagalan :
- J.K Rowling
Siapa tidak kenal penulis buku terlaris ini, Harry Potter. Mungkin ramai ketahui kejayaannya sebagai penulis buku ini namun adakah anda tahu disebalik kejayaannya?
“Anda mungkin tidak pernah gagal sehingga tahap saya alami.
“Tapi adalah mustahil untuk hidup tanpa gagal terhadap sesuatu, kecuali anda hidup sangat berhati-hati hingga anda mungkin tak perlu hidup – dalam hal ini, anda gagal secara automatik,” kata Rowling pada graduan kelas Harvard Jun 2008.
Rowling tidak berjaya dengan begitu saja. Beliau pernah berada pada tahap tiada wang, bercerai dan membesarkan anak berseorangan dan bayangkan beliau menulis buku pertama Harry Potter hanya menggunakan mesin taip manual yang lama.
12 penerbit menolak manuskrip Rowling dan setahun kemudian baru beliau mendapat peluang daripada Barry Cunningham dari Bloomsbury yang bersetuju menerbitkan bukunya.
Apa akan terjadi jika Rowling berhenti bila ditolak kali ketiga atau kelima? Mungkin tidak adalah buku Harry Potter dan filem fantasi magik ini.
- Colonel Sanders
Pengasas KFC ini memulakan mengejar impiannya pada usia 65 tahun.
Tahukah anda berapa kali beliau ditolak untuk mempromosikan resepi ayamnya, sebelum mendapat YA? 1009 kali!
- Richard Branson
Bilionaire terkenal ini juga pernah gagal. Virgin Cola atau Virgin credit cards yang diusahakan menyebabkan kerugian ratusan juta dolar.
Kegagalan itu tak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha hingga terbaru beliau terbang ke angkasa lepas menggunakan roket syarikatnya, Virgin Galactic.
- Mark Cuban
Bilionaire yang memiliki Dallas Mavericks NBA yang menjadi kaya bila menjual syarikatnya kepada Yahoo dengan US$5.9 bilion stok saham.
Beliau berdepan kesukaran dan cabaran ketika muda.
“Saya belajar bahawa tidak kira berapa kali anda gagal. Anda hanya perlu betul sekali. Saya pernah menjual susu tepung, saya seorang yang kurang bijak banyak kali dan saya belajar daripadanya,” kata Cuban.
- Steven Speilberg
Beliau pernah ditolak 2 kali untuk masuk ke Sekolah Filem di University of Southern California. Kemudian beliau menyertai Cal State University di Long Beach.
Siapa sangka beliau boleh menjadi direktor terkenal dunia yang menghasilkan banyak filem blockbuster dalam sejarah dunia.
- Michael Jordan
Seorang pemain lagenda bola keranjang dunia.
Namun dulunya di sekolah tinggi, beliau dikenali sebab selalu menjadi simpanan bagi pasukan bola kerajaang.
Kegagalan itu tak membuatkan dia berhenti dan akhirnya menjadi antara pemain terbaik bola keranjang.
“Saya telah melepaskan lebih 9,000 lontaran dalam kerjaya saya. Saya telah kalah hampir 300 perlawanan. Dalam 26 perlawanan saya diberi kepercayaan untuk membuat lontaran kemenangan namun terlepas.
“Saya telah gagal berulang kali dalam hidup ini. Dan sebab tu saya berjaya,” kata Jordan.
- Thomas Edison
Pencipta mentol ini tahu bahawa kegagalan tidak akan menghalangnya.
Jika saya temui 10,000 cara yang tidak berhasil, saya tidak gagal. Saya tidak keewa kerana setiap cubaan yang dilakukan merupakan langkah untuk bergerak lagi ke depan.
Akhir kata, tidak kejayaan tanpa kegagalan. Tentukan apa perkara penting buat anda dan lakukan tindakan setiap hari.
Berapa besar keinginan anda untuk mencapai sesuatu impian atau matlamat itu?